Utusan Borneo (Sarawak)

Tambatuon kampung pertama di Sabah hasilkan beras wangi keladi organik

-

Kampung Tambatuon di Kota Belud menjadi kampung pertama di negeri ini mengeluark­an produk beras wangi keladi yang ditanam secara organik.

Beras wangi keladi dari kampung terletak kira-kira 112 kilometer dari sini sudah dijual secara komersial di pasaran dengan harga RM10 untuk 500 gram dengan bungkusan yang menarik.

Penanaman padi secara organik di kampung itu membabitka­n 22 petani di tanah seluas 1.2 hektar dan menghasilk­an lapan tan beras wangi keladi yang dituai sekali dalam setahun.

Francis Mali, seorang daripada petani padi secara organik di kampung itu berkata dia bersama empat lagi petani di kampung memulakan tanam padi secara organik bermula pada 2014 selepas mereka didedahkan dengan tanaman padi secara organik oleh Pertubuhan Perkongsia­n Komuniti (Pacos Trust).

Menurutnya, mereka berminat menanam padi secara organik tanpa menggunaka­n baja kimia untuk menggalakk­an penduduk di kampung itu mengamalka­n makanan sihat.

“Semasa kami mula menceburi tanaman padi secara organik ini, penduduk kampung tidak yakin dengan cara tanaman ini tetapi tahun ke tahun, petani yang berminat semakin bertambah kepada 22 orang,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pihak Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah program Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud banyak membantu penanaman padi secara organik di kampung itu.

Katanya IADA memberi bimbingan dan infrastruk­tur sawah padi serta pembungkus­an hingga promosi pemasaran.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Pertanian IADA Kota Belud Fredrick Jamari berkata penanaman padi secara organik di Kampung Tambatuon merupakan antara program pembanguna­n jelapang padi yang dilaksanak­an di daerah itu di bawah kementeria­n.

Katanya ia sejajar dengan usaha kementeria­n itu membangunk­an kawasan jelapang padi bagi meningkatk­an hasil beras di negeri ini.

IADA memberi bantuan dari segi perkhidmat­an pengembang­an, bimbingan dan infrastruk­tur membabitka­n sawah, perparitan, jalan dan sistem pengairan, katanya.

Menurutnya tanaman padi secara organik di Kampung Tambatuon menjadi projek perintis sebelum diperluask­an ke beberapa kampung di Kota Belud iaitu Kampung Kelawat, Taginambur dan Tamu Darat.

Beliau berkata pihaknya kini sedang dalam proses mendapatka­n pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (Mygap) untuk produk beras wangi keladi yang dihasilkan menerusi tanaman secara organik ini.

Fredrick berkata tanaman padi secara organik mempunyai potensi yang luas yang selari dengan usaha kerajaan menggalakk­an rakyat negara ini mengamalka­n pemakanan sihat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia