Utusan Borneo (Sarawak)

18 KAKI DADAH DICEKUP DI PASAR LAMA BINTULU

-

BINTULU: Beberapa lokasi di kawasan pasar lama di bahagian ini diserbu sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu membawa kepada penangkapa­n 18 lelaki warga tempatan yang didapati positif dadah dalam Ops Sarang yang dijalankan pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, 18 lelaki yang berumur antara 19 hingga 45 tahun itu didapati positif dadah melalui saringan awal ujian air kencing yang dijalankan sekitar jam 10 pagi kelmarin.

Katanya, Ops Sarang merupakan usaha pihaknya untuk mengesan dan menangkap penagih dadah di pasar lama Bintulu.

“Kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh badan sendiri,” ujarnya semalam.

Beliau berkata, sabit kesalahan di bawah seksyen tersebut memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 dan diletakkan bawah pengawasan untuk tempoh dua tahun.

 ??  ?? DICEKUP: Seramai 18 lelaki yang diberkas berikutan didapati positif dadah setelah ujian saringan air kencing dijalankan.
DICEKUP: Seramai 18 lelaki yang diberkas berikutan didapati positif dadah setelah ujian saringan air kencing dijalankan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia