Utusan Borneo (Sarawak)

Striming, kepelbagai­an buka pintu bagi cerita Afrika ‘epik’

- - ‘Kehidupan yang luar

PELAKON dan pengarah British dengan asal usul di Nigeria, Chiwetel Ejiofor, berkata kebangkita­n platform striming dan selera yang semakin meningkat bagi suara baharu dalam filem telah membuka pintu bagi ceritaceri­ta Afrika yang “epik” untuk sampai kepada penonton sejagat.

Ejiofor, yang menjadi bintang dengan ‘Kinky Boots’ sebelum dia menerima pencalonan Oscar untuk ’12 Years a Slave’, menyampaik­an filem arahan sulungnya di festival filem Berlin pada minggu ini.

‘The Boy Who Harnessed the Wind’, yang akan ditayangka­n menerusi Netflix pada bulan depan, merupakan adaptasi bagi novel dengan tajuk sama yang paling laris pada peringkat antarabang­sa.

Ia menceritak­an kisah benar tentang seorang budak berusia 13 tahun dengan ciptaan yang menyelamat­kan kampungnya di Malawi daripada kebuluran.

Ejiofor, yang dilahirkan di London kepada keluarga dari Nigeria, berkata filem itu dikeluarka­n pada waktu yang penting bagi perspektif kaum dan jantina yang baharu dalam industri hiburan yang hampir mustahil hanya beberapa tahun lalu.

“Permintaan adalah tinggi bagi filem-filem ini dan bagi kepelbagai­an suara dan bagi idea ini bahawa semua kita diperkayak­an dari segi budaya apabila kita faham dari mana pelbagai orang berasal,” katanya kepada pemberita.

“Melihat cerita daripada satu sudut pandangan tidak begitu memuaskan pada akhirnya. Saya mengalu-alukan kesempatan untuk menjadi bahagian yang berterusan dalam perubahan yang positif itu.” biasa besar’ -

Ejiofor, 41, berkata Netflix telah terjun ke dalam jurang yang ditinggalk­an oleh studio besar yang mengetepik­an filem bebas untuk mengetenga­hkan filem sensasi global.

“Itu adalah perubahan yang amat mengujakan,” katanya.

Dia berkata trend itu sudah berkuranga­n dengan kesedaran bahawa orang di beberapa bahagian di dunia yang sekian lama tidak ada dalam peta Hollywood menjalani “kehidupan yang luar biasa besar”.

“Ini adalah kisah epik, cerita sangat kaya yang mempunyai semua jenis drama dan dinamisme yang menjadi sebahagian daripada tradisi sinematik Barat,” katanya.

Filem itu dibuat berdasarka­n buku tulisan William Kamkwamba.

Ketika kampungnya mengalami kebuluran besar-besaran pada 2001 disebabkan oleh kemarau selain gejala rasuah dan urus tadbir yang salah dalam kerajaan, dia menggunaka­n dinamo dari sebuah basikal untuk membina sebuah kincir angin.

Tenaga yang dijana membolehka­n sebuah pam air untuk berfungsi semula dan mengairi bendang yang kering-kontang.

Ejiofor, yang berlakon sebagai bapa William, membuat penggambar­an bagi filem itu di lokasi di Malawi, kebanyakan­nya dalam bahasa Chichewa.

“Cabaran khususnya saya rasa bersifat lojistik kerana filem dengan saiz ini tidak pernah dibuat di Malawi,” katanya, kerana dia terpaksa menghantar peralatan filem menerusi Johannesbu­rg dan Nairobi untuk membawanya ke kampung berkenaan di mana dia membuat penggambar­an.

“Sisi sebelah perkara itu ialah manfaat membuat penggambar­an di Malawi begitu besar dan luas dari segi mempunyai pengalaman yang tulen seperti ini dan keinginan untuk benar-benar membolehka­n penonton memasuki lubang arnab dan mengalami tempat ini.”

‘The Boy Who Harnessed the Wind’ ditayangka­n dalam bahagian sampingan di festival berkenaan, Berlinale Special.

Ia merupakan satu daripada siri filem yang menarik perhatian kepada pelakon yang menjadi pengarah.

Pemenang Oscar Casey Affleck mengadakan tayangan perdana untuk ‘Light of My Life’, sebuah

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KISAH EPIK: Pengarah dan penulis lakon layar Chiwetel Ejiofor bersama pelakon William Kamkwamba, Maxwell Simba dan Aissa Maiga semasa sesi bergambar bagi mempromosi­kan filem ‘The Boy Who Harnessed the Wind’ di Berlinale kelmarin.
— Gambar Reuters KISAH EPIK: Pengarah dan penulis lakon layar Chiwetel Ejiofor bersama pelakon William Kamkwamba, Maxwell Simba dan Aissa Maiga semasa sesi bergambar bagi mempromosi­kan filem ‘The Boy Who Harnessed the Wind’ di Berlinale kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? cerita distopian mengenai seorang bapa yang cuba melindungi anak perempuann­ya dalam dunia tanpa wanita.
Dan Jonah Hill menyampaik­an ‘Mid90s’, sebuah kisah kematangan separa autobiogra­fi yang berkisar sekitar peluncur papan di Los Angeles. — AFP
cerita distopian mengenai seorang bapa yang cuba melindungi anak perempuann­ya dalam dunia tanpa wanita. Dan Jonah Hill menyampaik­an ‘Mid90s’, sebuah kisah kematangan separa autobiogra­fi yang berkisar sekitar peluncur papan di Los Angeles. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia