Utusan Borneo (Sarawak)

FBI siar lukisan 16 mangsa pembunuh bersiri

Dalam usaha mengenal pasti korban Little yang mengakui jenayahnya dari 1970 hingga 2005

-

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutua­n ( FBI) telah menyiarkan 16 lukisan yang mengejutka­n dihasilkan oleh seorang lelaki yang mungkin merupakan pembunuh bersiri paling prolifik dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) dalam satu cubaan untuk mengenal pasti sebahagian daripada mangsanya.

Samuel Little, berusia 78 tahun dan hidup bertualang, telah mengaku ke atas 90 pembunuhan dilakukan antara 1970 dan 2005 serta pihak penguat kuasa undang-undang telah mengesahka­n lebih 40 daripadany­a setakat ini.

Little, seorang bekas petinju setinggi 6 kaki 3 inci turut dikenali sebagai Samuel McDowell, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup bagi pembunuhan di sebuah penjara Texas.

Little kebanyakan­nya menyasar penagih dadah dan pelacur semasa tindakan pembunuhan selama beberapa dekad dan sebahagian besar mangsanya tidak pernah dikenali.

Little selalunya mencekik mangsanya, kata FBI, dan kebanyakan kematian tidak disiasat sebagai homisid namun telah dikaitkan dengan pengambila­n dos dadah yang berlebihan, kemalangan atau sebab-sebab semula jadi.

FBI pada Selasa lepas telah menyiarkan 16 lakaran potret yang dilukis oleh Little berdasarka­n memori di dalam bilik penjaranya dan meminta orang awam bagi membantu mengenal pasti mereka.

Lukisan termasuk maklumat seperti warna anak mata atau rambut mangsa atau skaf biru yang dipakainya ketika dia diculik.

Sekeping gambar, sebagai contohnya, menunjukka­n seorang wanita kulit putih dengan mata hijau dan rambut coklat berusia antara 20 dan 25 tahun yang telah dibunuh di Maryland pada 1972.

Satu lagi adalah seorang wanita kulit hitam berusia antara 23 dan 25 tahun dengan gincu merah terang dan anting-anting merah. Dia telah dibunuh pada 1984 di Georgia dan mungkin merupakan seorang pelajar kolej.

Seorang lagi adalah seorang wanita kulit hitam dengan rambut ungu berusia antara 25 dan 28 tahun yang telah dibunuh di Houston, Texas, beberapa dekad lepas.

Bobby Bland, pendakwa raya di Daerah Ector, Texas, memberitah­u AFP pada Disember bahawa jumlah keseluruha­n pembunuhan yang disahkan dikaitkan dengan Little pada masa sekarang adalah lebih 40 orang.

“Dia telah menyebut tentang beberapa perkara, keskes yang berlaku sehingga 50 tahun lepas, dan dia memberi maklumat bagi semua pembunuhan yang berlainan, serta tiada satu pun kenyataan yang dia buat telah dibuktikan se- bagai palsu,” ujar Bland. FBI telah bekerjasam­a de- ngan beberapa agensi dari persekutua­n, negeri dan tem- patan untuk memadankan pengakuan Little dengan pembunuhan yang belum diselesaik­an di seluruh negara.

Sekiranya semua 90 pengakuan telah disahkan, Little akan menjadi pembunuh bersiri paling prolifik terkena di AS.

Pembunuh bersiri AS yang paling berbahaya dipercaya sebagai Gary Ridgway, yang digelar sebagai “Pembunuh Sungai Green” disabitkan bag 49 pembunuhan dan sedang menjalani hukuman seumur hidup di negeri Washington.

Little telah ditangkap d sebuah rumah penempatan gelandanga­n di Kentucky pada 2012 dan diekstradi­s ke California bagi berdepan dengan tuduhan dadah.

Sebaik sahaja di sana, bukt DNA mengaitkan dia dengan tiga kes dingin dan dia telah disabitkan pada 2014 kerana membunuh tiga wanita d Los Angeles antara 1987 dan 1989.

Kesemua tiga mangsa telah dipukul dan dicekik.

Dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, Little telah dipindahka­n ke Texas berhubung dengan siasatan bag satu lagi pembunuhan.

Little membesar di Ohio tidak menghabisk­an pendidikan di sekolah tinggi dan menjalani “kehidupan nomad,” mencuri barang keda atau merompak bagi membel alkohol dan dadah, kata FBI.

Rekod jenayahnya bermula sejak 1956 dengan penahanan kerana mencuri barang kedai menipu, dadah dan memecah masuk serta menceroboh.

Dia telah dituduh membunuh wanita di Mississipp­i dan Florida pada awa 1980 namun tidak disabitkan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA BUNUH: Kombinasi gambar ini yang dibuat pada Rabu lepas menunjukka­n 16 lukisan baharu yang disiarkan oleh FBI, dan dibuat oleh Little, berdasarka­n ingatannya mengenai beberapa mangsa wanitanya dari pelbagai lokasi di seluruh AS.
— Gambar AFP MANGSA BUNUH: Kombinasi gambar ini yang dibuat pada Rabu lepas menunjukka­n 16 lukisan baharu yang disiarkan oleh FBI, dan dibuat oleh Little, berdasarka­n ingatannya mengenai beberapa mangsa wanitanya dari pelbagai lokasi di seluruh AS.
 ??  ?? LITTLE
LITTLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia