Utusan Borneo (Sarawak)

NUR AISHA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN DI IJN DENGAN BANTUAN SHAN XIN

-

KUCHING: Dengan bantuan daripada Persatuan Amal dan Kebajikan Shan Xin, Nur Aisha Umairah Mohamud Adha berjaya menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) barubaru ini.

Bayi yang lahir pada 3 Januari dengan penyakit jantung kongenital yang serius itu telah menjalani pembedahan selama kira-kira lapan jam pada 25 Januari lepas.

Disebabkan keadaannya yang tidak begitu stabil selepas pembedahan maka dia telah ditempatka­n ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di bawah pemantauan rapi IJN selama tiga minggu.

Nur Aisha, ditemani bapanya Mohamud Adha Seruji dan ibunya Rosma Mohd Hamzah serta pengamal perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) telah pulang ke sini pada 12 Februari selepas keadaannya semakin stabil.

Nur Aisha kini menerima rawatan perubatan di HUS.

Bayi itu dilahirkan dengan truncus arteriosus, kecacatan jantung yang jarang berlaku di mana hanya satu saluran pembuluh darah besar yang membawa keluar ke jantung berbanding sepatutnya dua saluran.

Sebelum menjalani pembedahan, dia memerlukan bantuan pernafasan tiruan kerana lesi (kelainan) itu menyebabka­n kegagalan jantung yang teruk.

Ekoran daripada kerumitan keadaannya, pembedahan hanya boleh dilakukan di IJN tetapi jika dia disenaraik­an di bawah pesakit bersubsidi kerajaan yang perlu menunggu masa lama, ia akan menjejaska­n keadaannya.

Cara yang lebih cepat untuk mengatasi masalah ini ialah menyenarai­kan Nur Aisha di bawah kategori pesakit swasta tetapi keluargany­a tidak mampu membayar kos pembedahan sekitar RM100,000.

Mohamud Adha, 32 merupakan nelayan yang berpendapa­tan kira- kira RM800 sebulan, sementara Rosma, 25, seorang suri rumah.

Nur Aisha mempunyai dua beradik lain berusia tujuh dan empat tahun.

Namun persatuan amal dan kebajikan berkenaan berjaya mengumpul lebih daripada RM190,000 dalam masa sehari yang membawa berita gembira kepada keluarga Nur Aisha pada 19 Januari.

Pembedahan yang dijalankan pada 25 Januari itu sepatutnya menelan kos RM120,000 namun ia dapat dikurangka­n kepada RM80,000 selepas rund- ingan antara persatuan dan IJN.

Ibu bapa Nur Aisha pada masa yang sama bersetuju agar persatuan berkenaan menggunaka­n lebihan dana itu disalurkan untuk membantu pesakit lain yang memerlukan di negara ini.

Sebelum ini di Kuala Lumpur, Presiden Persatuan Amal dan Kebajikan Shan Xin Malaysia Dato Sri Wong Ing Tong, Penasihat Kehormat Tetap Phang Kar Keong, Timbalan Presiden Dato Wong Ying Sing, setiausaha Seow Chee Kong dan ahl jawatankua­sa Wong Jian Chuen melawat Nur Aisha serta ibu bapanya d hospital.

Persatuan turut menyerahka­n bantuan kewangan kepada Rosma semasa lawatan berkenaan.

 ??  ?? JASA BAIK: Presiden Persatuan Amal dan Kebajikan Shan Xin Malaysia Dato Sri Wong Ing Tong bersama Nur Aisha semasa lawatan.
JASA BAIK: Presiden Persatuan Amal dan Kebajikan Shan Xin Malaysia Dato Sri Wong Ing Tong bersama Nur Aisha semasa lawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia