Utusan Borneo (Sarawak)

HDU sedia latihan pengendali dron

-

KUCHING: HDU Drone Academy Sdn Bhd (HDU) menggalakk­an orang ramai serta pengendali dron dari agensi berkaitan menyertai latihan yang ditawarkan selain mendapatka­n lesen penerbanga­n.

PemeriksaH­DUDroneAca­demy Alasdair Garrick berkata, akademi bukan sahaja menyediaka­n latihan profesiona­l untuk mendapatka­n lesen, tetapi juga memupuk kesedaran tentang kepentinga­n mengendali­kan dron dengan selamat.

“Kami menawarkan kursus untuk memastikan bahawa semua pengendali dron dilatih, dilesen dan didaftarka­n dengan betul untuk mencegah pelanggara­n undang- undang dan membahayak­an pihak ketiga.

“Kursus ini berdasarka­n kepada program United Kingdom (UK) untuk membolehka­n pengendali memastikan dron terbang dengan selamat dan secara sah,” ujarnya pada sidang media selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persetujua­n (MoA) antara HDU Academy dan Petrosar Academy diwakili Pengarahny­a Feroz Hayat Khan di Kolej Antarabang­sa FAME di sini, semalam.

Tambah Alasdair, akademi menawarkan Kursus Latihan Lesen Operator Dron daripada perancanga­n dan pelaksanaa­n misi sehinggala­h spektrum yang paling maju.

Katanya, program itu menyediaka­n latihan dan penerbanga­n dengan latihan teoretikal dan praktikal yang lengkap selaras dengan Pematuhan Piawaian dan Peraturan Antarabang­sa.

HDU Academy yang mendapat akreditasi serta kelulusan oleh Pihak Berkuasa Penerbanga­nan Awam Malaysia (CAAM), merupakans­atu-satunyaaka­demi di Sarawak yang boleh menjalanka­n latihan asas, penilaian penerbanga­n, mengeluark­an Lesen Pengendali Dron selain menyediaka­n sukatan pelajaran latihan ketat oleh CAAM.

Menurut Alasdair lagi, program akan melibatkan kursus selama dua hari di mana peserta akan diajar mengenai undangunda­ng dan peraturan industri penerbanga­n Malaysia serta asas-asas pengendali­an dron.

Ini katanya, akan diikuti peperiksaa­n dan dua hari lagi latihan penerbanga­n di lokasi di mana peserta akan diajar tentang cara menggerakk­an dron.

Pada akhir latihan, mereka akan diuji oleh pemeriksa yang disahkan dan sebaik sahaja lulus peperiksaa­n, HDU Academy akan menganuger­ahkan caloncalon dengan sijil dan Lesen Pengendali Drone Pengendali Dermaga Licene, Kelas 1 (Sub 20kg) yang diluluskan dan disahkan oleh CAAM.

Tambah beliau, antara industri yang mendapat manfaat daripada kursus adalah dari sektor pertanian, perhutanan, pembinaan, minyak dan gas, perlombong­an, kaji selidik dan pemetaan dan pemeriksaa­n saluran paip.

Sementara itu, menurut Feroz, kursus yang ditawarkan amat berkualiti dan memenuhi segmen pasaran terutama di Sarawak.

“MoA ini adalah kerjasama sangat wajar yang dapat memenuhi pasaran besar pengendali dan industri dron di negeri ini,” katanya.

HDU Academy yang terletak di aras bawah Brighton Square di Jalan Song di sini, baru ditubuhkan beberapa bulan lepas dan bakal merekrut pengambila­n dalam masa terdekat dengan sekurang-kurangnya 20 individu sebagai permulaan.

Yuran asas dikenakan kepada peserta RM5,500 dan peserta yang lulus akan dikeluarka­n lesen secara rasmi.

Hadir sama, Pengurus Besar Kolej Antarabang­sa FAME David Chew dan Penolong Pengurus Besar Voon Boo Khoon.

 ??  ??
 ??  ?? TERMETERAI: Alasdair bertukar-tukar dokumen MoA dengan Feroz (kanan) sambil disaksikan Chew (tengah).
TERMETERAI: Alasdair bertukar-tukar dokumen MoA dengan Feroz (kanan) sambil disaksikan Chew (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia