Utusan Borneo (Sarawak)

POCHETTINO HAMBUR PUJIAN KEPADA ‘WIRA-WIRA’ TOTTENHAM

Spurs memiliki peluang keemasan mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas sentak Dortmund 3-0 di Wembley

-

LONDON: Mauricio Pochettino memuji ‘wira-wira’ Tottenham apabila mereka mengambil langkah besar dalam usaha untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-0 ke atas Borussia Dortmund dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir kelmarin.

Pasukan Pochettino menerima tekanan apabila Dortmund mendominas­i separuh masa pertama di Wembley, tetapi Hugo Lloris memastikan mereka terikat dengan siri aksi yang hebat untuk menyelamat­kan gawang.

Ia menyediaka­n pentas bagi babak kedua yang cemerlang daripada Tottenham, yang bangkit hidup semula ekoran penyudah yang cantik daripada penyerang Korea Selatan, Son Heung-min.

Gol keempat Son dalam empat penampilan terakhirny­a membawanya kepada 16 jaringan pada musim ini, tetapi tiada yang tidak ternilai seperti gol ini.

Pemain pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen, melengkapk­an persembaha­nnya sendiri yang bertenaga apabila dia menyumbat gol kedua mereka

Pemain saya adalah wira-wira. Mereka sewajarnya menerima banyak pujian di atas usaha yang mereka buat pada musim

menakjubka­n.” ini. Ia

Mauricio Pochettino

Pengurus Tottenham Hotspur

pada hujung perlawanan dan gol ketiga yang lewat daripada pemain gantian Fernando Llorente mengukuhka­n g keputusan an yang menakjubka­n. an.

Sambil l menegaskan n pemainnya sewajarnya menerima segala a pujian selepas mereka muncul l daripada jadual dual yang meletihkan kan dengan keputusan putusan terbaik mereka pada musim usim ini, Pochett i n o b e r - k a t a : “Saya mahu ahu mengucapka­n n tahniah kepada pemain saya sekali lagi. Ia adalah perlawanan yang hebat, satu usaha yang amat besar sekali.

“Pemain saya adalah wirawira. Mereka sewajarnya menerima banyak pujian di atas usaha yang mereka buat pada musim ini. Ia menakjubka­n.”

Walaupun Tottenham masih perlu melepasi pusingan kedua di Signal Iduna Park pada 5 Mac, mereka mempunyai peluang keemasan untuk mara ke pering

kat suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2011. “3-0 adalah keputusan yang sangat g baik tetapi p ia hanya pusingan pertama. per Apabila and anda ada pasukan di hadapan anda s seperti Dortmund Dortmund, anda perlu men menghormat­i mer mereka,” kata Poche Pochettino. Ia adalah adala kej jayaan ayaan yang khususnya mengagumka­n bagi Pochettino k kerana dia tidak ada khidm a t Harry Kane, D e l e Alli, Danny Rose dan Ben D Davies yang cedera.

Pochettino merangka pelan permainan yang bijak dan akhirnya mengecewak­an Dortmund untuk mendapatka­n kemenangan pertama dalam sejarah Tottenham pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara di tempat sendiri.

Dengan Rose dan Davies yang tidak dapat bermain, Pochettino meletakkan pemain pertahanan tengah Vertonghen di luar posisi di sayap belakang kiri dan bertukar kepada pertahanan tiga pemain yang mengekang pendahulu Bundesliga itu.

“Ia adalah kerja saya untuk menyediaka­n strategi. Mungkin hari ini semua orang akan kata ia adalah keputusan yang hebat. Jika keputusann­ya lain, orang mungkin kata saya adalah jurulatih terburuk di dunia,” katanya.

“Babak pertama sangat sukar. Kami tidak rasa yakin untuk bermain.

“Kami sedikit bertuah kerana apabila Son menjaringk­an gol, ia menjadi rangsangan yang amat kuat kepada keyakinan kami.”

Pengurus Dortmund, Lucien Favre, meratapi kekalahan pasukannya dengan berkata: “Kami menyerahka­n permulaan babak kedua.

“Kami sepatutnya meletakkan bola di hadapan dan bukannya bermain dari belakang untuk gol pertama mereka. Itu adalah satu hadiah.

“Selepas itu, kami bermain terlalu terburu-buru. Tekanan ternyata kuat daripada Tottenham.”

Lucas Moura memberi cetusan awal kepada Tottenham apabila dia menyambut bola daripada tandukan Davinson Sanchez dan meledakkan rembatan voley yang tersasar sedikit dari tepi kawasan penalti.

Juan Foyth menghadiah­kan Dortmund peluang pertama mereka untuk menjaringk­an gol tetapi menahan bola terlalu lama dan bola dirampas dengan cepat oleh Christian Pulisic.

Namun Lloris menyelamat­kan maruah Foyth apabila dia menyekat rembatan Pulisic di tiang dekat.

Serangan tajam Dortmund diketuai pemain remaja Jadon Sancho, yang meninggalk­an Manchester City untuk menyertai Dortmund pada 2017 tanpa pernah bermain untuk pasukan Liga Perdana Inggeris itu.

Sancho, pemain sayap England, mempamerka­n kehebatann­ya beberapa kali dalam persembaha­n yang memukau pada separuh masa pertama, mengelecek dua pemain tengah Tottenham dan melakukan gerakan dengan Pulisic, yang melakukan rembatan yang disekat pada minit akhir.

Lloris menyelamat­kan cubaan dengan cemerlang sekali untuk menafikan Dortmund sejurus sebelum waktu rehat apabila Dan-Axel Zagadou menyambut bola hantaran lintang Sancho dengan tanduk tetapi ditepis keluar oleh kapten Tottenham.

Walaupun bertahan bagi kebanyakan waktu pada babak pertama, Tottenham enggan menyerah kalah dan kecekalan mereka dibalas pada minit ke-47.

Apabila Vertonghen melakukan hantaran lintang dari sebelah kiri, pertahanan Dortmund keluar dari posis buat pertama kali pada malam itu dan Son melakukan larian dengan sempurna ke belakang Zagadou untuk melakukan voley cantik melepasi Roman Burki.

Tiba-tiba Dortmund tidak ada jawapan kepada tekanan bertempo tinggi oleh Tottenham dan Vertonghen menjad wira pasukan tuan rumah yang tidak dijangkaka­n pada minit ke-83 apabila dia merembat masuk bola daripada hantaran lintang Serge Aurier.

Tottenham menjadi- jad and Llorente melengkapk­an malam yang tidak dapat dilupakan apabila dia melakukan tandukan dari jarak dekat melepasi Burki daripada tendangan sudut Christian Eriksen tiga minit kemudian. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI CEMERLANG: Son bersaing dengan pemain Dortmund, Achraf Hakimi pada perlawanan peringkat kalah mati Liga Juara di Stadium Wembley, London Rabu lepas.
— Gambar AFP AKSI CEMERLANG: Son bersaing dengan pemain Dortmund, Achraf Hakimi pada perlawanan peringkat kalah mati Liga Juara di Stadium Wembley, London Rabu lepas.
 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia