Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal raih semula cinta, lelaki nekad kelar tangan

Suspek dipercayai berbuat demikian kerana rayuannya rujuk semula dengan bekas kekasih tidak diendah

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Gagal merayu bekas teman wanita, seorang pemuda nekad membunuh diri dengan mengelar tangannya menggunaka­n pisau di sebuah flat di Jalan Ban Hock, Padungan di sini, malam kelmarin.

Namun perbuatan pemuda berusia 35 tahun itu yang bekerja di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini digagalkan hasil tindakan pantas pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Padungan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superin-

“Hasil siasatan awal mendapati punca suspek berbuat demikian adalah kerana bekas teman wanita suspek memutuskan “hubungan dengannya sejak seminggu lalu. Superinten­den Ismail Mahmood

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching

tenden Ismail Mahmood yang mengesahka­n kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 9.45 malam kelmarin dari BBP Padungan berhubung seorang lelaki cuba membunuh diri.

“Pada jam 2.10 pagi hari ini ( semalam), pihak polis telah menangkap lelaki terbabit.

“Hasil siasatan awal mendapati punca suspek berbuat demikian adalah kerana bekas teman wanita suspek memutuskan hubungan dengannya sejak seminggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ismail mendedahka­n, suspek dan bekas teman wanitanya menjadi pasangan kekasih sejak dua tahun lalu.

“Suspek berjumpa dengan bekas teman wanita di flat berkenaan untuk rujuk semula tetapi tidak dilayan.

“Suspek kemudianny­a mengambil pisau pemotong bawang dan terus mengelar tangan kirinya sebanyak empat kali,” jelasnya.

Tambahnya, akibat perbuatan suspek itu, dia mengalami luka sepanjang tiga inci di tangan kirinya.

Ekoran insiden itu kata Ismail lagi, bekas teman wanita suspek terus menghubung­i pihak bomba dan polis untuk mendapatka­n bantuan.

“Suspek kemudianny­a dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatka­n rawatan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, tindakan awal polis turut pergi ke tempat kejadian dan mengambil keterangan daripada pengadu.

Selain itu beliau memberitah­u, suspek ditangkap dan diambil keterangan.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba menerusi satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan cuba membunuh diri dengan mengelar bahagian tangan di sebuah flat di Jalan Ban Hock, Padungan di sini, malam kelmarin.

“Lelaki yang cedera di tangan itu diberi rawatan awal oleh unit EMRS selepas kita menerima laporan pada jam 9.38 malam semalam ( kelmarin).

“Kemudian, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” kata bomba.

Operasi itu dilaksanak­an pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dengan kekuatan lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Patrick Maong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia