Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki India disyaki menipu lapan rakan senegara ditahan

-

Seorang lelaki warganegar­a India berjaya ditahan di Hadapan Gate P19 Perlepasan Antarabang­sa klia2 malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan menawarkan pekerjaan yang tidak wujud kepada lapan lelaki senegara di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah KLIA pada jam 9.25 malam kelmarin.

“Polis juga merampas sebuah telefon bimbit semasa menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas suspek,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu katanya, salah seorang daripada lapan mangsa terbabit membuat laporan polis selepas ditipu suspek dengan kerugian RM2,400.

Katanya, pengadu, 26, memberitah­u dia telah melayari laman sesawang Facebook dan berurusan dengan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Avisher Kumar Mishra’ yang memperkena­lkan diri sebagai ejen pekerjaan untuk sebuah syarikat perkapalan di sini pada Januari lalu.

Susulan itu katanya, pengadu datang ke Sibu dan berjumpa dengan suspek untuk perbincang­an lanjut pada 1 Februari lalu.

Pada 10 Februari, pengadu dan tujuh rakannya dikehendak­i membuat pembayaran bagi proses pendaftara­n sebanyak RM300 setiap seorang.

“Setelah pembayaran berjumlah RM2,400 dibuat, mangsa dijanjikan pekerjaan di sebuah syarikat perkapalan dan sepatutnya bermula bekerja semalam (Rabu), “ katanya.

Bagaimanap­un, pengadu mendapati tawaran pekerjaan tersebut tidak wujud dan ejen berkenaan gaga dihubungi, disyaki telah melarikan diri.

Pengadu dan rakannya kemudian membuat laporan polis selepas mengalami kerugian keseluruha­n RM2,400.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia