Utusan Borneo (Sarawak)

Suasana pilu, sedih selubungi upacara persemadia­n mendiang Andrew Wong

-

Suasana pilu dan sedih menyelubun­gi kira-kira 1,000 hadirin terdiri daripada ahli keluarga dan rakanrakan yang menghadiri upacara persemadia­n mendiang Dato Andrew Wong Kee Yew di Taman Memorial Nirvana, pagi semalam.

Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan upacara sembahyang di gereja kecil Taman Memorial Nirvana yang diketuai Father Paul Chee.

Keadaan pilu menyelubun­gi hadirin apabila ahli keluarga terdekat membacakan eulogi bagi memperinga­ti mendiang.

Ibunya Datin Sri Pauline Leong dalam euloginya menyifafka­n mendiang sebagai anak yang amat baik, pemurah dan taat.

“Bagi saya dan ayahnya, Dato Sri Wong Soon Koh, beliau adalah seorang anak yang amat penyayang dan pemurah,” ujarnya.

Meskipun telah pergi katanya, namun mendiang akan terus kekal dalam hati semua ahli keluarga serta rakanrakan­nya.

“Jangan bimbang dengan ayah dan ibu, keluarga dan adik beradik.

“Kami akan menjaga anak kamu, Sean Wong dan Natasha Wong dengan baik agar mereka membesar menjadi anak baik yang akan menjadi kebanggaan keluarga.

“Kami semua akan sentiasa menyayangi kamu, namun Tuhan lebih sayang akan kamu,” kata Pauline dengan nada yang sedih.

Sebelum mengakhiri eulogi, Pauline turut berkongsi sebuah puisi yang turut ditujukann­ya kepada semua ibu bapa yang pernah kehilangan anak mereka.

Sementara anak mendiang Sean Wong dalam euloginya memberitah­u beliau bangga dengan ayahnya, terutama dengan apa yang telah dilakukann­ya untuk bandar Sibu.

“Tanpa beliau, tidak akan ada kolej atau universiti di Sibu.

“Beliau seorang yang bijaksana dan mempunyai keinginan untuk membangunk­an Sibu, namun sayang hayatnya terlalu singkat,” ujarnya sambil menyatakan rasa sayang kepada ayahnya.

Selesai upacara peringatan itu, mayat mendiang kemudian dibawa keluar dari gereja untuk dibakar kira-kira jam 10.30 pagi sebelum abunya disemadika­n di ruang khas di Taman Memorial Nirvana.

Andrew Wong ditemui tidak sedarkan diri sekitar jam 9 malam dalam bilik di kediaman keluargany­a, Jalan Ipoh pada Ahad lepas.

Mendiang meninggalk­an seorang balu Datin Lily Toh serta dua anak Sean Wong dan Natasha Wong.

 ??  ?? UNTUK KALI TERAKHIR: (Dari kiri) Soon Koh, Natasha, Lily, Pauline Leong, kakaknya Sharon Wong dan Sean memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang.
UNTUK KALI TERAKHIR: (Dari kiri) Soon Koh, Natasha, Lily, Pauline Leong, kakaknya Sharon Wong dan Sean memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia