Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak ambil langkah tepat

Lawatan ke atas tahanan di Kemboja diketuai Fatimah bukti keprihatin­an, kata Minos

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil langkah yang tepat dengan menghantar wakil untuk melawat dan berjumpa tahanan dari negeri ini di Kemboja.

Lawatan dan perjumpaan tersebut diketuai Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan Dato Peter Minos berkata, Sarawak turut membantu Wisma Putra dalam usaha membebaska­n 47 tahanan negara di Kemboja dengan 44 daripadany­a merupakan rakyat negeri ini.

Katanya, lawatan Fatimah itu merupakan tindakan yang baik serta menunjukka­n keprihatin­an kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat negeri ini.

“Tidak dinafikan bahawa kita tertanya-tanya mengapa rakyat kita ke Kemboja pada mulanya. Mungkin mereka ditipu atau mungkin juga mereka benar-benar memikirkan pekerjaan dan gaji yang baik di sana.

“Saya tidak percaya bahawa mereka terlibat dalam perjudian dalam talian seperti yang dilaporkan oleh pihak di Kemboja kerana mereka boleh melakukann­ya di sini tanpa perlu ke sana,” katanya menerusi WhatsApp semalam.

Tambah Minos, beliau pernah melawat Angkor Wat, tempat bersejarah di Siem Reap dan beliau mendapati rakyat Kemboja bersifat mesra dan mengetepik­an keganasan.

Atas sebab itu, beliau percaya penahanan terse- but mungkin disebabkan sedikit salah faham atau kesilapan.

“Atas sebab apa sekali pun kita mahu melihat rakyat kita dibebaskan secepat mungkin Mereka adalah salah seorang daripada kita dan kita bersimpati dengan mereka,” katanya.

Minos turut berharap kerajaan Kemboja akan campur tangan dan melepaskan rakyat Sarawak dan tahanan negara yang lain atas semangat ASEAN.

Dalam pada itu, Ahl Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menyertai Fatimah dalam lawatan semalam bersama pegawai dar Pejabat Wilayah Sarawak dan Kementeria­n Luar Malaysia.

Atas sebab apa sekali pun, kita mahu melihat rakyat kita dibebaskan secepat mungkin. Mereka adalah salah seorang daripada kita dan kita bersimpati dengan

” mereka.

Dato Peter Minos

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan

 ??  ?? TAKLIMAT: Fenny (depan) memberikan penerangan berkaitan Skim Pampasan Pekerja Asing kepada para majikan.
TAKLIMAT: Fenny (depan) memberikan penerangan berkaitan Skim Pampasan Pekerja Asing kepada para majikan.
 ??  ?? MINOS
MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia