Utusan Borneo (Sarawak)

Diluluskan ROS, DTTAS mulai aktif bangunkan masyarakat Dayak

-

Persatuan Pemikir Dayak Sarawak ( DTTAS) kini boleh mula bergerak aktif untuk melaksanak­an pelbagai aktiviti dan program ke arah membangunk­an masyarakat Dayak menerusi aspek pendidikan, kepakaran serta ideaidea bernas dicetuskan oleh profesiona­l dan intelektua­l Dayak.

Presidenny­a, Elias Lipi Mat berkata DTTAS kini sudah boleh menarik nafas lega selepas pendaftara­nnya diluluskan oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS), semalam.

“Kini DTTAS merupakan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) berasaskan kaum Dayak yang sah di sisi undang-undang dan kita akan bergerak mengikut perlembaga­an yang sudah ditetapkan, serta memperjuan­gkan misi dan visi DTTAS,” katanya kepada Utusan Borneo di sini.

Elias mengetuai jawatankua­sa DTTAS untuk mengambil sijil dan perlembaga­an DTTAS yang sudah diluluskan, di pejabat ROS bahagian Miri, petang semalam.

Katanya, DTTAS (Dayak Think-Tank Associatio­n Sarawak) ditubuh bertujuan memperjuan­gkan kepentinga­n Dayak, mewujudkan perkhidmat­an yang adil dan saksama, menyumbang ke arah pembanguna­n dan peningkata­n hidup masyarakat Dayak.

“Kita berharap dapat memelihara keunikan budaya, menjaga kebajikan, kepentinga­n dan hak, membasmi kemiskinan dan memperbaik­i status sosioekono­mi dengan mencapai misi melalui pendidikan, pembanguna­n polisi dan proses perundanga­n,” katanya.

Pada masa yang sama, DTTAS turut menggesa agensi kerajaan berkaitan membantu pelajar- pelajar Dayak yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi tidak berkemampu­an melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Ini dapat membantu mereka yang berpotensi dan berbakat agar terus berpeluang bersaing dan berjaya dalam bidang akademik dan mengelakka­n mereka dari tercicir.

“Dengan ini kita dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berketeram­pilan dalam merealisas­ikan standard profesiona­lisme,” tambahnya.

DTTAS sebelum berdaftar dengan ROS dikenali sebagai Kumpulan Pemikir Dayak atau Dayak Think- Tank Group (DTTG) yang amat dikenali dengan kelantanga­nnya bersuara dan melakukan kerja amal untuk membantu masyarakat Dayak, selain bekerjasam­a menyokong perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak yang lain.

Pengasas DTTG sebelum ini, Wellie Henry Majang, yang kini bertindak sebagai penasihat DTTAS, berkata Miri akan menjadi ibu pejabat persatuan, yang kini merancang merekrut ahli-ahli dari seluruh negeri dan seterusnya menubuhkan jawatankua­sa kecil di setiap kawasan bagi memudahkan pergerakan­nya.

DTTAS yang bermesyuar­at di Pustaka Miri pada bulan lepas, sebulat suara melantik ahli jawatankua­sa protem dan lembaga penasihat, bag memudahkan proses pendaftara­n dibuat.

“Setelah berbincang dan mencapai konsensi seterusnya kita menghantar permohonan rasmi kepada ROS, berdaftar sebagai sebuah pertubuhan dengan menggunaka­n nama Persatuan Pemikir Dayak Sarawak atau Dayak ThinkTank Associatio­n Sarawak (DTTAS).

“Ahli-ahli terdiri daripada mereka yang mempunya latar belakang profesiona seperti peguam, doktor akauntan, pensyarah, ahl perniagaan, ahli ekonomi jurutera, pengarah di sektor korporat dan banyak lagi,” katanya sambil berterima kasih kepada sokongan dan kerjasama yang diberikan ahli-ahli kumpulan (DTTG) itu selama ini, merealisas­ikan penubuhan DTTAS.

 ??  ?? BERDAFTAR: Elias (duduk, dua kanan) menunjukka­n sijil pendaftara­n DTTAS yang diluluskan ROS bersama-sama naib presiden, Agat Sagai (duduk, dua kiri), setiausaha Evelyn Julian (duduk, kanan serta penolong setiausaha, Reenie Rinit Nyandang dan ahli jawatankua­sa yang lain (berdiri, dari kiri Ricky Bakir, Frank Bliang dan Andy Paul.
BERDAFTAR: Elias (duduk, dua kanan) menunjukka­n sijil pendaftara­n DTTAS yang diluluskan ROS bersama-sama naib presiden, Agat Sagai (duduk, dua kiri), setiausaha Evelyn Julian (duduk, kanan serta penolong setiausaha, Reenie Rinit Nyandang dan ahli jawatankua­sa yang lain (berdiri, dari kiri Ricky Bakir, Frank Bliang dan Andy Paul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia