Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 30 majikan ikuti Taklimat Skim Pampasan Pekerja Asing PERKESO

-

Lebih 30 majikan yang menggaji pekerja asing di bahagian Sarikei telah mengikuti sesi Taklimat Skim Pampasan Pekerja Asing, kelmarin.

Taklimat di Pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sarikei itu telah dikendalik­an Pengurus PERKESO Sarikei Fenny Lim.

Fenny menegaskan bahawa semua majikan yang menggaji pekerja asing wajib mengetahui perkara-perkara berkaitan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).

“Bermula 1 Januari lalu, semua majikan dikehendak­i mendaftar pekerja asing yang diambil bekerja ( kecuali perkhidmat­an rumah tangga) untuk perlindung­an Skim Bencana Kerja (SBK) PERKESO di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

“Skim SBK ini akan melindungi pekerja asing yang mengalami kemalangan atau penyakit khidmat yang berpunca daripada pekerjaann­ya.

“Setiap pekerja asing akan dikenakan kadar caruman 1.25 peratus daripada gaji yang diinsurans­kan dan dibayar setiap bulan oleh majikan,” katanya pada taklimat tersebut.

Dalam pada itu katanya, pekerja asing yang sedia ada di Malaysia dan masih dilindungi di bawah SPPA tertakluk kepada tarikh akhir 31 Disember 2019.

“Mulai 1 Januari 2020, semua majikan termasukla­h majikan utama dan majikan langsung hendaklah berdaftar dengan PERKESO walaupun pekerja asing tersebut masih didaftar di bawah SPPA.

“Antara faedah-faedah yang disediakan di bawah SBK Pekerja Asing adalah merangkumi faedah perubatan, faedah orang tanggungan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah pengurusan mayat yang merangkumi kos pengurusan balik mayat, elaun layanan sentiasa dan juga kemudahan pemulihan,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Fenny menyeru kepada majikan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengena perkara tersebut untuk menghubung­i Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau melawari laman sesawang PERKESO www. perkeso. gov. my ataupun mengunjung­i pejabat PERKESO yang berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia