Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan khas kaji cadangan naik taraf status Siburan: KM

Terdapat beberapa kriteria dan aspek yang perlu dipenuhi untuk menaik taraf sesebuah daerah kecil kepada daerah

- Oleh Patricia Gari

SERIAN: Satu pasukan khas akan ditubuhkan untuk mengkaji cadangan menaik taraf Siburan kepada daerah.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pasukan khas itu akan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Residen Serian Jonathan Lugoh.

Beliau berkata, untuk menaik taraf status Siburan daripada daerah kecil kepada daerah, terdapat beberapa kriteria dan aspek yang perlu dipenuhi.

“Kerajaan negeri akan mempertimb­angkan cadangan untuk menaik taraf status Siburan daripada daerah kecil kepada daerah.

“Bagaimanap­un, beberapa kriteria dan aspek perlu dipenuhi sebelum Siburan boleh dinaik taraf sebagai daerah dan untuk tujuan itu, saya mengarahka­n satu pasukan khas diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Residen Serian ditubuhkan, untuk mengkaji cadangan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Gelanggang Bola Keranjang Siburan dan

Saya fikir Siburan akan menjadi bandar baharu tetapi adalah penting mesti ada kawasan hijau atau taman rekreasi diwujudkan di kawasan ini untuk

” dimanfaatk­an penduduk di sini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 dekat sini, malam kelmarin.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyampaik­an sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 40 penerima terdiri daripada warga emas dan golongan kurang berkemampu­an dari sekitar Siburan.

Abang Johari berkata, perancanga­n yang teliti perlu dilakukan dari segi pembanguna­n infrastruk­tur dan sumber manusia jika Siburan mahu dinaik taraf statusnya kepada daerah.

Selain itu katanya, Siburan berpotensi membangun sebagai bandar baharu kerana persekitar­annya menunjukka­n pembanguna­n yang pesat dari segi sosioekono­mi.

“Saya fikir Siburan akan menjadi bandar baharu tetapi adalah penting mesti ada kawasan hijau atau taman rekreasi diwujudkan di kawasan ini untuk dimanfaatk­an penduduk di sini.

“Saya sedia memberikan peruntukan untuk mewujudkan kawasan hijau ini. Saya minta Datuk Dr Jerip (Ahli Dewan Undangan Negeri Mambong ) maklumkan sahaja kepada saya peruntukan diperlukan jika sudah ada tapak,” katanya.

Abang Johari turut meluluskan peruntukan RM1.5 juta untuk menaik taraf Pejabat Daerah Kecil Siburan.

Terdahulu, Dr Jerip yang juga Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil berkata, penduduk di kawasan itu mengemukak­an cadangan supaya Siburan dinaik taraf sebagai daerah.

Beliau berkata, ini sejajar dengan pembanguna­n yang semakin pesat di situ.

“Dengan peningkata­n pen- tadbiran ini, banyak urusan pentadbira­n dan perkhidmat­an dapat disedia dan dipertingk­atkan,” katanya.

Mengenai Gelanggang Bola Keranjang, Dr Jerip berkata, ia dibina di tapak gelanggang bola keranjang milik Persatuan Bola Keranjang Siburan yang ditubuhkan pada 1975.

Terdahulu, tempat itu dikenali sebagai ‘Hammer Area Basketball Associatio­n’ (1965- 1970- an) yang dinamakan sempena ‘Operasi Hammer’ berikutan Balai Polis di Batu 18 Jalan Kuching-Serian diserang gerila komunis pada Jun 1965.

Lokasi itu digunakan sebagai tempat pertemuan pegawai dan anggota dari jabatan keselamata­n dan pertahanan diketuai Ketua Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika itu Sir Claude Fenner.

“Satu lagi mercu tanda di Siburan ialah Gelanggang Bola Keranjang untuk dimanfaat oleh golongan muda-mudi.

“Projek ini adalah hasil ‘walk about’ pada 2016 oleh bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di mana beliau meluluskan tiga projek.

“Pertama, Gelanggang Bola Keranjang yang sudah siap sekarang, dengan kos RM500,000, Pasar Tani Siburan yang hampir siap dibina dengan kos RM1 juta dan Klinik Kesihatan Siburan di tapak baharu, belakang Gedung Beli-Belah Eastern sekarang dalam proses tender,” jelasnya.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michae Manyin, Menteri Pelanconga­n Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menter Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari cuba memasukkan bola keranjang ke dalam jaring sebagai simbolik perasmian Gelanggang Bola Keranjang Siburan sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.
SIMBOLIK: Abang Johari cuba memasukkan bola keranjang ke dalam jaring sebagai simbolik perasmian Gelanggang Bola Keranjang Siburan sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia