Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu ‘matangkan’ belia 18 tahun sebelum jadi pengundi

-

Kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk ‘ mematangka­n’ golongan belia berusia 18 tahun sebelum menjadi pengundi.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak Muhammad Hazim Azhari berkata, ini termasuk menjalinka­n kerjasama atau menganjurk­an program yang boleh memberi pendedahan politik demokrasi kepada belia.

“Secara peribadi, saya berpendapa­t ia mengambil masa dan waktu untuk menyemai atau mematangka­n anak-anak muda berumur 18 tahun menjadi pengundi.

“Sedangkan kalau kita fikir balik, untuk mendaftark­an mereka pada umur 21 tahun sebagai pengundi pun dah jadi satu cabaran besar.

“Jadi bagaimana hasrat untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun akan boleh mendorong belia menggunaka­n kuasa itu (mengundi) dengan sebaikbaik­nya?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Kolokium Kepemimpin­an Belia anjuran ABIM Neger Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n kerajaan supaya mengkaji sedalam-dalamnya usul menurunkan had umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

 ??  ?? MUHAMMAD HAZIM
MUHAMMAD HAZIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia