Tiga aktivis politik bincang MA63 pada 23 Feb
Adakah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih sah atau tidak dan adakah Sarawak merdeka atau tidak?
Inilah topik yang akan dikongsikan tiga penceramah undangan pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bersama Aktivis Politik anjuran Voice Of Sarawak.
Majlis tersebut akan diadakan pada 23 Februari ini, bermula jam 6.30 petang di Restoran It Hng Teochew, berhampiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini.
Pengerusi penganjur majlis yang juga Pengasas Voice Of Sarawak Chiong Swee Sin berkata, tiga penceramah tersebut ialah Voon Lee Shan, Dominic Ng dan Lina Soo.
“Ingin mengetahui mengenai persoalan penting ini, sertailah kami.
“Kami berharap ramai anak Sarawak dapat hadir untuk mendengar topik yang akan dibicarakan oleh tiga tokoh aktivis politik ini, yang amat memberi manfaat kepada pengetahuan diri terhadap sejarah Sarawak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir ahli jawatankuasa Voice Of Sarawak, Eddie Loh dan Su Wee Leong.
Chiong berkata, untuk menyertai acara tersebut, pihak yang berminat perlu membel meja makan malam yang hanya terhad 30 meja.
Menurutnya, setakat in sudah 25 meja sudah ditempah dan pihak yang berminat boleh menghubunginya d talian 017-8207775 atau Eddie (016-8602145) dan Su (0182325352).
Maklumat lanjut juga boleh diperolehi menerusi Facebook Voice Of Sarawak.