Utusan Borneo (Sarawak)

Kolokium Kepemimpin­an Belia anjuran ABIM dapat sambutan menggalakk­an

-

Program Kolokium Kepemimpin­an Belia anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak di sini mendapat sambutan menggalakk­an.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak Muhammad Hazim Azhari berkata, ia berjaya menarik kehadiran seramai 120 anak-anak muda daripada pelbagai persatuan di negeri ini.

Persatuan yang mengambil bahagian dalam program itu katanya, adalah Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak ( SABERKAS), Persatuan Belia Kebajikan Sarawak, ABIM Negeri Sarawak serta pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan.

“Tujuan utama kita mengadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia tentang pent- ingnya usaha untuk menyertaka­n mereka dalam aspek pembanguna­n negara,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

Menurutnya, antara perkara lain yang turut diketengah­kan dalam program itu termasukla­h kepentinga­n 4K iaitu Keluarga, Kerjaya, Kewangan dan Kesatuan kepada golongan belia.

“Maka itu, kita harap program ini akan dapat memberi suntikan atau galakan kepada para peserta untuk terus maju di samping membangkit­kan potensi diri menjadi pemimpin belia yang berkeboleh­an pada masa hadapan,” ujarnya.

Ditanya sama ada program itu akan dianjurkan lagi, Muhammad Hazim berkata, pihaknya mungkin akan meneruskan­nya berikutan penerimaan yang amat memberangs­angkan semalam.

“Apatah lagi, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha turut menjanjika­n untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai fokus utama pembanguna­n belia, maka kita berhasrat mengadakan program sebegini suatu masa kelak.

“Dan, ia akan turut meli- batkan kerjasama daripada MBM, Majlis Belia Sabah, SABERKAS dan persatuanp­ersatuan lain di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, majlis turut menyaksika­n seramai tiga moderator yang mem- bincangkan pelbagai topik melibatkan hal belia iaitu Setiausaha Eksekutif SABERKAS Iszuan Haroni, Ahli Jawatankua­sa Guru Muda Sarawak Noraine Jamil dan Ahli Jawatankua­sa ANGKASA Negeri Sarawak.

 ??  ?? BINCANG: Sesi perbincang­an antara moderator dan para peserta pada program Kolokium Kepemimpin­an Belia di Kuching, semalam.
BINCANG: Sesi perbincang­an antara moderator dan para peserta pada program Kolokium Kepemimpin­an Belia di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia