Utusan Borneo (Sarawak)

Maklum balas bantu selesaikan masalah infrastruk­tur: Lee

Ketua kaum perlu lapor perkembang­an projek kepada wakil rakyat untuk memastikan projek dilaksana mengikut spesifikas­i

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Maklum balas daripada ketua kaum amat diperlukan oleh wakil rakyat untuk menyelesai­kan segera masalah-masalah infrastruk­tur di kawasan mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, ini termasuk melaporkan perkembang­an projek bagi memastikan kontraktor membangunk­an projek mengikut spesifikas­i dan jadual ditetapkan.

“Saya bergantung kepada maklum balas daripada mereka dan saya memerlukan maklum balas yang betul.

“Di mana jalan rosak, parit rosak dan perkara yang perlu dilakukan, saya perlu maklum balas daripada ketua kaum,” jelas Lee.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mengadakan lawatan pemeriksaa­n projek naik taraf jalan di tiga kawasan kediaman di sini semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, selain ketua kaum, jawatankua­sa kampung juga diminta turun padang membuat pemeriksaa­n.

“Saya menggesa ketua kaum untuk turun padang memastikan mereka tahu apa yang berlaku di kawasan mereka dan masalah harus dimaklumka­n kepada kita.

“Pantau juga kerja yang dilaksanak­an kontraktor,” tegasnya lanjut.

Lee memberitah­u, beliau akan membuat pemeriksaa­n mengejut ke atas projek yang telah dilaksanak­an di kawasannya.

Dalam pada itu, tiga projek penurapan jalan yang diperiksa semalam adalah bawah dana Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk DUN Senadin.

Lee berpuas hati dengan perlaksana­an projek yang siap mengikut jadual ditetapkan.

“Ada beberapa projek masih dibangunka­n, antaranya projek balai raya di Tudan.

“Saya sendiri akan turun padang memeriksa projek RTP ini untuk memastikan ia siap sepenuhnya,” tegas Lee.

Tentang lawatan semalam, sejumlah RM605,000 digunakan untuk menurap semula jalan di tiga kawasan kediaman iaitu RM205,000 untuk projek di Jalan Riam dan RM200,000 masing-masing untuk projek

Saya menggesa ketua kaum untuk turun padang memastikan mereka tahu apa yang berlaku di kawasan mereka dan masalah harus dimaklumka­n kepada kita. Pantau juga kerja yang dilaksanak­an

” kontraktor.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

di Lopeng Tengah dan Lembah Hijau.

Ketiga-ketiga projek siap dalam tempoh dua bulan dilaksanak­an bermula Disember tahun lalu.

Beberapa projek baharu akan dilaksanak­an di kawasan beliau pada tahun ini.

 ??  ?? TURUN PADANG: Lee ditemani wakil Majlis Bandaraya Miri (MBM) ketika memeriksa keadaan projek penurapan jalan di Lembah Hijau semalam.
TURUN PADANG: Lee ditemani wakil Majlis Bandaraya Miri (MBM) ketika memeriksa keadaan projek penurapan jalan di Lembah Hijau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia