Utusan Borneo (Sarawak)

143 pemilik tanah terima pampasan RM3,090,128

-

Kerajaan Sarawak membayar pampasan dengan jumlah keseluruha­n RM3,090,128 kepada seramai 143 pemilik tanah pada satu majlis di Pejabat Residen Betong semalam.

Cek pampasan disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan.

Bayaran pampasan tersebut adalah melibatkan tanah yang diambil untuk projek Jalan Ijok/Lempaong/Batu Pesok/ Rantau Layang, dan Perdu Spak di sini.

Menurut Awang Tengah, bayaran pampasan yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah setimpal dengan harga semasa.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kerana anda semua memahami keperluan pembanguna­n yang memerlukan kerajaan mengambi tanah milik tuan dengan pampasan,” tambah beliau.

Beliau turut menambah dengan keadaan politik semasa yang telah berubah, kerajaan negeri terpaksa mengambi alih beberapa projek pembanguna­n yang pada mula diluluskan di bawah kerajaan pusat.

“Tiada yang akan tertingga di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak ( GPS) Hanya orang Sarawak sendir yang berhak menentu nasib Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Muda Pembanguna­n Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh dan Residen Betong Friday Belik.

 ??  ?? TERIMA PAMPASAN: Awang Tengah (barisan kedua, lima kanan dan Mussen (empat kiri) merakamkan gambar bersama penerima pampasan tanah di Pejabat Residen Betong semalam.
TERIMA PAMPASAN: Awang Tengah (barisan kedua, lima kanan dan Mussen (empat kiri) merakamkan gambar bersama penerima pampasan tanah di Pejabat Residen Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia