Program vaksin anti-rabies di KRT Taman Meranti, Sarikei hari ini
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Sarikei akan menganjurkan Program Vaksinasi Anjing Anti-Rabies dan Kesedaran Awam hari ini.
Program ini akan diadakan bertempat di Rumah Kawasan Rukun Tetangga ( KRT), Taman Meranti, Jalan Meranti di sini bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Sehubungan dengan pengan- juran program ini, penduduk dari kawasan kejiranan terbabit amnya dialu-alukan untuk membawa anjing mereka yang belum pernah menerima suntikan rabies untuk hadir.
Setiap pemilik anjing yang hadir untuk membawa binatang peliharaan ke program ini diingatkan agar membawa bersama kad pengenalan untuk melancarkan proses pendaftaran.