Utusan Borneo (Sarawak)

Produk Sarawak berpotensi tembusi pasaran halal dunia

Banyak produk, perkhidmat­an halal yang boleh dieksport, MATRADE akan perbanyak perjumpaan dengan syarikat tempatan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Produk dan perkhidmat­an halal dari Sarawak berpotensi besar untuk dieksport dalam industri halal dunia.

Timbalan Pengarah Seksyen Halal, F&B dan Agro Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Khairul Nizam Moonier berkata, Sarawak mempunyai banyak produk dan perkhidmat­an yang boleh diketengah­kan dalam industri halal.

Produk-produk ini katanya bukan sahaja melibatkan produk berasaskan makanan, tetapi juga kraf tangan.

“Saya berkesempa­tan ke Medan Niaga Satok semalam ( Rabu) dan saya dapati banyak produk yang boleh diketengah­kan.

“S e b a g a i c o n t o h Laksa Sarawak, saya agak kagum dengan cara pembungkus­annya dan saya rasa produk ini sudah bersedia untuk dieksport dalam industri halal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Seminar Peluang Eksport dalam Industri Halal anjuran MATRADE di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Dari segi penglibata­n syarikat Sarawak dalam eksport, Khairul berkata kurang daripada 500 syarikat di negeri ini mendaftar sebagai ahli MATRADE dan tidak sampai 200 syarikat mempunyai pensijilan halal.

Tetapi katanya, bilangan syarikat dari Sarawak yang terlibat dalam perusahaan itu menunjukka­n peningkata­n.

“Sebab itu kita perlu mengadakan lebih banyak program dan perjumpaan dengan syarikat dari Sarawak kerana pasaran kita tidak

Sebagai contoh Laksa Sarawak, saya agak kagum dengan cara pembungkus­annya dan saya rasa produk ini sudah bersedia untuk dieksport dalam industri halal.

Khairul Nizam Moonier

Timbalan Pengarah Seksyen Halal, F&B dan Agro MATRADE

besar.

“Tetapi, kita boleh merebut pasaran luar dan paling hampir dengan kita ialah Indonesia yang mempunyai 300 juta populasi dan dijangka muncul sebagai antara lima ekonomi dunia terbesar pada 2050,” katanya.

Mengenai pertumbuha­n industri halal dunia pula, Khairul berkata, nilai pasaran halal dunia dijangka meningkat 50 peratus dalam masa enam tahun ini.

Nilai pasaran halal dunia pada 2017 mencecah AS$4.3 dan dijangka mencecah AS$6.9 pada 2023, katanya.

Pertumbuha­n pesat industri halal ini katanya, adalah disebabkan pertumbuha­n pesat populasi Muslim dunia daripada 1.8 bilion pada tahun 2018 kepada anggaran 2.5 bilion pada 2050.

“Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh abaikan dan sebab itu negara bukan Islam kini aktif terlibat dan mempromosi­kan industri halal,” katanya.

Tambah Khairul, Malaysia merupakan negara terkemuka dalam industri halal dan MATRADE giat berusaha untuk mengembang­kan lagi industri ini ke satu lagi tahap melibatkan produk dan perkhidmat­an.

 ??  ?? TEROKA PASARAN HALAL: Khairul (kanan) bercakap kepada pemberita di Kuching semalam. Turut kelihatan Pengarah MATRADE Sarawak Leany Mokhtar.
TEROKA PASARAN HALAL: Khairul (kanan) bercakap kepada pemberita di Kuching semalam. Turut kelihatan Pengarah MATRADE Sarawak Leany Mokhtar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia