Utusan Borneo (Sarawak)

Pengakap berperanan bantu kurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja

-

Jabatan Residen Limbang akan menyokong usaha dan aktiviti yang dilakukan Persekutua­n Pengakap Daerah Limbang dalam memperluas program, sekali gus membantu mengurangk­an masalah sosial dalam kalangan remaja.

Wakil Residen Bahagian Limbang yang juga Timbalan Residen Limbang Sebli Abang berkata, golongan muda termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah perlu menyertai aktiviti pengakap.

“Persekutua­n Pengakap Daerah Limbang menjadi tulang belakang kepada badanbadan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanak­an program berkonsepk­an meningkatk­an motivasi dan jati diri dalam menangkis segala gejala sosial yang berlaku,” katanya sebaik menerima kunjungan Persekutua­n Pengakap Daerah Limbang ke Pejabat Residen Limbang baru-baru ini.

T u r u t s a m a i a l a h Pesuruhjay­a Persekutua­n Pengakap Limbang Malik Deni, Penolong Pesuruhjay­a Perhubunga­n Antarabang­sa Mohamad Alias Jalani, Penolong Pesuruhjay­a Taip Nawi, Penolong Pesuruhjay­a Daerah Latihan Aziz Latip dan yang lainnya.

Selain itu Sebli berkata, perananpen­gakapamatp­enting dalam membantu masyarakat sekiranya berlaku kecemasan, bencana alam, kebakaran dan aktiviti kemasyarak­atan lain.

“Semangat membantu masyarakat perlu dikekalkan dan diteruskan kerana khidmat mereka amat diperlukan sepanjang masa,” katanya lagi.

 ??  ?? TINGKAT HUBUNGAN: Malik (empat kiri) dan Sebli bersama Persekutua­n Pengakap Daerah Limbang ketika mengunjung­i Pejabat Residen Limbang.
TINGKAT HUBUNGAN: Malik (empat kiri) dan Sebli bersama Persekutua­n Pengakap Daerah Limbang ketika mengunjung­i Pejabat Residen Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia