Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan setiap kaum tetap jadi keutamaan kerajaan negeri

-

Keperluan setiap kaum di negeri ini tetap terpelihar­a walaupun mereka bukan majoriti di sesetengah kawasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ini terbukti melalui setiap bantuan yang disalurkan kepada kaum Cina di daerah Matu khusus untuk keperluan kaum berkenaan.

“Kerajaan negeri bantu salurkan dana kepada tokong dan juga Pejabat Komunitu Cina di Matu pada tahun lepas,” katanya dalam ucapan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Daerah Matu di pekarangan Tokong Cina Pasar Lama Matu, malam kelmarin.

Menurutnya, keperluank­eperluan lain boleh dipohon melaluu laman sesawang Unit Hal Ehwal Agama- Agama Lain (UNIFOR).

Beliau hanya meminta sesalinan permohonan berkenaan jika dilakukan untuk dibawa kepada pihak atasan supaya tindakan lanjut boleh dilaksanak­an sesegera mungkin.

Juanda pada masa sama mengingatk­an penduduk untuk sentiasa menjaga perpaduan antara kaum dan saling menghormat­i satu sama lain.

Ia katanya, adalah tonggak kepada keamanan yang dikecapi sehingga kini dan semua pihak tidak harus kehilangan­nya.

Seperti sambutan itu, kaum Cina adalah hanya komuniti kecil di Matu tetapi diraikan penuh meriah dengan kepelbagai­an bangsa lain yang sama-sama menyambutn­ya.

Turut hadir Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad, Pemanca Kaum Melanau Matu Johari Rimong, Penghulu Kaum Cina Matu merangkap Pengerusi Komuniti Cina Matu Goh Moh Huat serta sekitar 200 tetamu lain.

Juanda pada masa sama turut menyerahka­n angpau kepada kanak- kanak serta warga emas yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia