Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Merbau adakan mesyuarat agung PIBG esok

-

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau di sini bakal mengadakan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada Sabtu ini, jam 7.30 pagi di Dewan Bunga Raya sekolah tersebut.

Sehubungan itu, ibu bapa para pelajar sekolah tersebut digalakkan menghadiri mesyuarat kali ke-16 ini.

Menurut kenyataan medianya, melalui mesyuarat kelak ibu bapa dapat mengetahui laporan- laporan mengenai PIBG SMK Merbau daripada setiausaha dan bendahari.

“Mesyuarat ini kelak adalah platform terbaik untuk ibu bapa membentang usul kepada pihak PIBG dan juga membincang­kan isu-isu berbangkit.

“Pada masa yang sama, mesyuaratk­aliinijuga­bertujuan untuk pemilihan Jawatankua­sa PIBGsesi20­19/2020,” menurut kenyataan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia