Utusan Borneo (Sarawak)

Kolaborati­f sektor awam, swasta anjak sektor pertanian

Syarikat utama kukuh sebagai modul baharu penting dalam hala tuju pertanian ke arah berorienta­sikan eksport, kata Uggah

-

KUCHING: Kolaborati­f sektor awam dan swasta sangat penting dalam menganjak sektor pertanian kepada sektor berorienta­sikan eksport.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, atas sebab itu beliau meneruskan idea mempunyai syarikat utama sebagai modul baharu dalam hala tuju pertanian negeri.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata demikian pada mesyuarat dan makan tengah hari bersama pengurusan kanan lapan syarikat di sini, semalam.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon Joyik dan Pengarah Jabatan Pertanian Dr Alvin Chai serta para pegawai kanan

Kita kini berdepan dengan persaingan sengit daripada negaranega­ra seperti Vietnam, Thailand, Indonesia dan lainlain. Jadi, fokus kita haruslah pada

” standard kualiti.

yang lain.

Menurut Uggah, syarikat terutama yang telah kukuh mempunyai banyak kelebihan, antaranya loji pemprosesa­n yang diiktiraf antarabang­sa bagi standard kualiti selain pasaran yang sangat penting.

“Kita kini berdepan dengan persaingan sengit daripada negara- negara seperti Vietnam, Thailand, Indonesia dan lain-lain.

“Jadi, fokus kita haruslah pada standard kualiti,” katanya sambil menambah, peranan kerajaan pada asasnya adalah untuk membantu dan bukannya menjalanka­n perniagaan.

Tambah Uggah lagi, kerajaan akan campur tangan dan berurusan dengan sebarang masalah yang mungkin timbul di sepanjang keseluruha­n rantaian bekalan.

Kerajaan katanya, mesti praktikal dan boleh berkolabor­atif untuk kepentinga­n bersama.

“Setakat ini kerajaan neger amat gembira dengan peranan yang dimainkan oleh syarikatsy­arikat utama.

“Terdapat beberapa syarika tempatan yang dapat menjad syarikat utama dan masa depan negeri sebagai pengekspor bersih makanan menjelang 2030 adalah bergantung kepada mereka,” katanya.

Jelas Uggah lagi, Sarawak mesti memiliki jumlah pengeluara­n yang tinggi, justeru sebagai tambahan kepada syarikat utama, Sarawak mewujudkan taman pertanian di seluruh negeri.

Selain itu katanya, kerajaan Sarawak juga menubuhkan dana peneraju sebagai kaedah tambahan untuk membantu usahawan agro dengan potens untuk bertumbuh besar.

Sejumlah RM200 juta diperuntuk­kan bagi dana ini sebagai modal kepada usahawan yang mana kini dibuka untuk bidaan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Uggah (tiga kanan) merakamkan gambar dengan wakil pengurusan kanan syarikat serta yang lain selepas mesyuarat dan makan tengah hari di Kuching semalam.
UNTUK ALBUM: Uggah (tiga kanan) merakamkan gambar dengan wakil pengurusan kanan syarikat serta yang lain selepas mesyuarat dan makan tengah hari di Kuching semalam.
 ??  ?? TERUS MAKMUR: John Sikie dan isteri (tengah), Rodziah, Troy, Andy (kanan), Hii, Haidar, Jack (kiri) serta yang lain menyempurn­akan upacara `Lao Sheng’ iaitu menggaul Yee Sang simbolik sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina BDA FORCA Bintulu di FoodBazaar tHe Spring Bintulu semalam.
TERUS MAKMUR: John Sikie dan isteri (tengah), Rodziah, Troy, Andy (kanan), Hii, Haidar, Jack (kiri) serta yang lain menyempurn­akan upacara `Lao Sheng’ iaitu menggaul Yee Sang simbolik sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina BDA FORCA Bintulu di FoodBazaar tHe Spring Bintulu semalam.
 ??  ?? CARI WALI: Nur Effa Mariah berusaha menjejaki ayah kand ungnya Haron Hassan.
CARI WALI: Nur Effa Mariah berusaha menjejaki ayah kand ungnya Haron Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia