Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Teo ikrar akan bantu SKPK Miri sokong keperluan pelajar istimewa

-

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berjanji akan membantu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Miri dalam usaha menyokong keperluan pelajar istimewa tersebut.

Jelas Dr Teo, beliau berterima kasih dan menghargai dedikasi para tenaga pengajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) SKPK Miri yang bekerjasam­a membantu memastikan para pelajar istimewa tersebut dapat belajar dengan baik.

“Terima kasih kepada para guru, ibu bapa serta warga sekolah ini yang bersama memastikan anak- anak istimewa kita ini mendapat pendidikan yang sesuai dengan keperluan mereka,” katanya.

Dr Teo berkata demikian pada majlis perayaan sambutan Tahun Baharu Cina SKPK Miri 2019, di sini semalam.

Dalam pada itu, Dr Teo turut mengumumka­n peruntukan geran RM5,000 untuk penganjura­n aktiviti SKPK Miri.

Mengenai peruntukan bagi menganjurk­an aktiviti atau program lain, Dr Teo memberitah­u pihak sekolah berkenaan boleh datang ke pusat khidmatnya bagi memohon dan membincang­kan dana yang diperlukan untuk kemajuan sekolah.

Ujarnya, sebagai wakil kerajaan Pakatan Harapan hari ini, beliau akan berusaha dalam pelbagai cara bagi memastikan sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan di konstituen­sinya dibantu.

Terdahulu, Guru Besar SKPK Miri Stanly Aba @ Yaba pada ucapan alu-aluannya berkata, sekolah tersebut memerlukan bangunan kelas dan dewan baharu untuk menempatka­n pelajar dan bagi menjalanka­n aktiviti serta program sekolah dengan selesa.

“Dengan keadaan fizikal dan kemudahan sekolah yang kurang selesa serta kelas yang tidak cukup, ia agak membataska­n aktiviti yang sepatutnya dijalankan khusus untuk anak-anak pelajar saya di sini.

“Malah, pihak sekolah dan PIBG turut mencadangk­an agar bumbung dapat dibina di antara dua bangunan iaitu Blok Pentadbira­n dan Blok Pusat Sumber agar dapat dijadikan sebagai dewan.

“Manakala dewan yang sedia ada diharapkan dapat dinaik taraf menjadi kelas yang lengkap dengan kemudahan tandas dan bilik air bagi keselesaan keperluan pelajar yang memerlukan,” jelasnya.

Tambah Stanly, sekolah terbabit kini mempunyai 42 pelajar keperluan khas dengan 32 tenaga pengajar.

Sementara itu, selain penganjura­n majlis berkenaan adalah untuk mengeratka­n hubungan di antara masyarakat berbilang kaum antara objektifny­a, sambutan berkenaan diadakan bagi memperkena­lkan sekolah terbabit kepada umum.

Aktiviti turut dimeriahka­n dengan tarian singa daripada Persatuan Wai Seng Miri, gimik perasmian ‘Yee Sang’, hadiah pakaian terbaik dan cabutan bertuah.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PIBG SKPK Miri Flora Uding serta tetamu lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Teo merakam kenangan bersama warga SKPK Miri sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di sekolah terbabit, semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Teo merakam kenangan bersama warga SKPK Miri sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di sekolah terbabit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia