Utusan Borneo (Sarawak)

Lewat serah rumah, pemaju diarah bayar RM6,510

-

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak semalam mengarahka­n seorang pemaju membayar RM6,510 kepada seorang pembeli atas kelewatan menyerahka­n rumah yang dibeli.

Pemaju terbabit bagaimanap­un gagal hadir ketika prosiding di hadapan Presiden TTPR Sarawak Peter Lim.

Tribunal turut mengarahka­n pemaju membayar ganti rugi tersebut dalam tempoh 45 hari.

Terdahulu, pembeli rumah terbabit menuntut ganti rug selepas pihak pemaju gaga menyerahka­n rumah pada masa yang telah ditetapkan.

Perjanjian jual beli telah ditandatan­gani pada 12 November, 2014 dan rumah harus diserahkan dua tahun kemudian.

Bagaimanap­un Permit Menduduki (OP) hanya dikeluarka­n pada 3 September, 2018 dan kunci rumah diserahkan pada 12 Oktober, 2018, lewat 23 bulan daripada sepatutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia