Utusan Borneo (Sarawak)

116 murid SK Lela Pahlawan terima sumbangan beg sekolah

-

Seramai 116 murid dari peringkat pra hingga tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan, Lingga menerima sumbangan beg sekolah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri di sini, semalam.

Simoi berkata, sumbangan ini adalah inisiatif dan rutin tahunan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga sebagai langkah untuk meningkatk­an lagi motivasi pelajar di samping menganjurk­an aktiviti pendidikan.

“Sebelum ini pihak kita telah menyampaik­an sumbangan yang sama kepada beberapa sekolah rendah di kawasan DUN Lingga ini dan kali ini anak-anak kita di SK Lela Pahlawan pula turut menerima sumbangan tersebut,” ujarnya ketika berucap ringkas semasa majlis penyampaia­n bantuan berkenaan dekat sini, pagi semalam.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Guru Besar Ahmad Ibrahim, guru-guru kanan serta exco Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang lain.

Pada majlis berkenaan, Simoi turut menyampaik­an geran kerajaan kepada PIBG sekolah berkenaan.

 ??  ?? BANTUAN: Simoi (tengah) menyampaik­an beg kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an Ahmad (dua kanan) serta yang lain.
BANTUAN: Simoi (tengah) menyampaik­an beg kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an Ahmad (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia