Utusan Borneo (Sarawak)

Lima hala tuju pacu jaminan keselamata­n makanan

Ke arah memacu jaminan keselamata­n makanan negara dan meningkatk­an pendapatan sektor pertanian

-

SERDANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mengemukak­an lima hala tuju ke arah memacu jaminan keselamata­n makanan negara dan meningkatk­an pendapatan sektor pertanian.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata, dokumen yang dirangka berpaksika­n sekuriti makanan, pembanguna­n ekonomi luar bandar serta penggalaka­n pelaburan swasta dan perdaganga­n antarabang­sa itu antara lain bermatlama­t mengeluark­an golongan petani, nelayan dan penternak daripada belenggu kemiskinan.

Beliau berkata hasrat kerajaan melalui lima hala tuju yang menunjangi dokumen itu akan dicapai melalui pelaksanaa­n 18 strategi dan 51 inisiatif dalam memastikan industri pertanian menjadi lebih berdaya saing.

“Hala tuju pertama meliputi usaha memoden dan meningkatk­an pengeluara­n pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsektor padi, ruminan dan perikanan.

“Untuk hala tuju kedua, kementeria­n akan merancakka­n penglibata­n pelaburan swasta dalam pertanian secara komersial serta meningkatk­an dagangan eksport pertanian,”

Hala tuju pertama meliputi usaha memoden dan meningkatk­an pengeluara­n pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsektor padi, ruminan dan

” perikanan.

Datuk Salahuddin Ayub

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

katanya ketika melancarka­n Hala Tuju Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani ‘ Prioriti dan Strategi 2019-2020’ di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini semalam.

Salahuddin berkata hala tuju ketiga meliputi perkara menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntung­kan untuk petani, penternak, nelayan dan agropreneu­r muda.

Beliau berkata menambah baik ekosistem industri pertanian untuk menyokong pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembang­an untuk petani, penternak dan nelayan diletakkan sebagai hala tuju keempat.

Dokumen itu diakhiri dengan hala tuju kelima iaitu memperkuku­h struktur or- ganisasi jabatan dan agensi di bawah kementeria­n untuk menambah baik sistem penyampaia­n serta tadbir urus kementeria­n, katanya.

Salahuddin berkata dalam melaksanak­an dokumen hala tuju itu, kementeria­n bertekad menjadikan pertanian sebagai penyumbang penting eknomi negara, sekali gus mengeluark­an golongan itu daripada terperangk­ap dalam golongan B40.

Beliau berkata beberapa langkah telah dirangka untuk dilaksanak­an bagi memperkuku­h sektor agromakana­n negara, antaranya membangunk­an pengkalan data agromakana­n negara ke arah memastikan setiap perancanga­n dilaksanak­an dengan tepat dan berkesan.

Katanya kementeria­n juga akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk mem- bangunkan satu pelan induk yang komprehens­if untuk pembanguna­n tanah bagi tujuan pertanian serta menyelesai­kan isu-isu berkaitan tanah untuk pertanian.

Selain itu, kementeria­n juga akan mengkaji semula dasar dan polisi yang ‘ counterpro­ductive’ dan merencatka­n pelaksanaa­n perubahan yang hendak dibawa dan menggantik­annya dengan polisi yang bersifat ‘mesra pertanian’ yang berupaya mengubah landskap industri agromakana­n negara, katanya.

Sementara itu, Salahuddin dalam sidang medianya berkata dokumen tersebut tidak berlawanan atau bertindih dengan Dasar Agromakana­n Negara (DAN) sebaliknya hala tuju yang digariskan dirangka bagi menyokong dasar berkenaan.

Beliau berkata lima hala tuju itu menjadi tonggak penting kepada strategi, pendekatan yang sangat relevan dalam usaha kerajaan membantu petani, penternak dan nelayan.

Berhubung bantuan sara hidup yang dibangkitk­an go- longan itu, Salahuddin berkata pembentang­an hala tuju bukan medan untuk mengumumka­n perkara sebegitu dan menegaskan kerajaan tidak pernah menghapusk­an insentif yang dinikmati kumpulan petani, penternak dan nelayan sebelum ini.

“Selain berdepan kekangan kewangan, kementeria­n juga sedang dalam proses pemutihan senarai penerima dan bantuan itu akan dikembalik­an apabila situasi kewangan negara pulih,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Salahuddin (tengah) menandatan­gani plak pada Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementeria­n Pertanian Industri Asas Tani ‘Prioriti dan Strategi 2019 hingga 2020’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Salahuddin (tengah) menandatan­gani plak pada Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementeria­n Pertanian Industri Asas Tani ‘Prioriti dan Strategi 2019 hingga 2020’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia