Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurus dakwa disamun rupanya guna duit untuk berjudi

-

Pengurus stesen minyak yang mendakwa wang tunai berjumlah RM35,000 kutipan hasil jualan seminggu premis itu lesap disamun seorang lelaki tidak dikenali Selasa lepas ditahan polis kelmarin selepas dia disyaki sengaja mereka-reka kejadian itu.

Wanita berumur 59 tahun itu disiasat kerana membuat laporan palsu selepas polis memperoleh maklumat wang tunai yang dikatakan disamun itu sebenarnya diambilnya dengan sebahagian sudah dibelanjak­annya untuk berjudi dan menyambut Tahun Baharu Cina, kata Ketua Polis Daerah Seberang Tengah ASP Nik Ros Azhan Nik Abdu Hamid semalam.

“Sebelum ini, wanita itu melaporkan beg tangannya yang mengandung­i wang tuna itu serta barangan peribadi lain diragut seorang lelaki yang kemudianny­a lari ke bahagian belakang stesen minyak. Keraguan timbul selepas bahagian belakang stesen itu didapat terdapat dinding zink tingg yang tidak mungkin dapat dilalui sesiapa,” katanya.

Menurutnya rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh juga tidak menunjukka­n sebarang kejadian samun yang didakwa oleh wanita berkenaan.

Katanya perintah reman terhadap wanita itu akan dipohon semalam bagi membolehka­n siasatan lanjut di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dijalankan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia