Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka bina stesen menukar sisa kepada tenaga tahun depan

-

Melaka bakal membina stesen yang menukar bahan sisa menjadi tenaga di tapak pelupusan sampah Sungai Udang di sini selewatlew­atnya awal tahun hadapan bagi mengatasi masalah pengurusan sampah, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Katanya pembinaan stesen tersebut dengan kerjasama Kementeria­n Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu dilakukan kerana terdapat keperluan mendesak ekoran tapak pelupusan sampah di Sungai Udang dijangka hanya dapat bertahan sehingga 2023.

Beliau berkata pembinaan stesen berkenaan akan dilaksanak­an di tanah berkeluasa­n 3.2 hektar melibatkan kos pengambila­n tanah bernilai kira-kira RM3.64 juta.

“Kita di peringkat kerajaan negeri menyediaka­n tanah manakala teknologi atau pembinaan stesen itu akan dilaku- kan KPKT dan pelaksanaa­nnya perlu disegeraka­n.

“Stesen ini perlu disiapkan dalam tempoh tiga tahun sebelum 2023 berdasarka­n situasi semasa tapak pelupusan sampah sedia ada dan kemampunny­a menampung sampah di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata proses pengambila­n tanah tersebut dijangka selesai dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang sebelum proses lanjut seperti reka bentuk pelan dan tender dilakukan.

Dalam perkembang­an lain, Adly berkata syarikat swasta, orang awam, badan korporat dan agensi dipelawa menaja haiwan dan kemudahan di Zoo Melaka di bawah pelaksanaa­n program tajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan perkhidmat­an destinasi pelanconga­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia