Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal terima bantuan PERKESO

-

Nasib seorang ibu tunggal yang baru kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya mendapat perhatian pihak Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) apabila menerima cek faedah pengebumia­n dan bantuan kewangan bulanan daripada pertubuhan tersebut.

NorainiMdZ­ain, 50, menerima cek faedah pengebumia­n sebanyak RM2,000 dan akan menerima bantuan kewangan bulanan RM675 sepanjang hayat, bermula bulan ini.

Beliau layak menerima bantuan tersebut apabila suaminya Munshi Yusof, 51, yang juga pencarum PERKESO maut selepas motosikal yang ditunggang­inya dirempuh sebuah kenderaanp­adajam6.45pagidi Tebuk Yan pada 1 Feb lepas.

Noraini yang mempunyai dua anak angkat berkata dia berasa lega apabila menerima bantuan tersebut dan akan menggunaka­nnya sebaik mungkin terutama dalam membesarka­n anaknya iaitu Muhamad Raziq Rahimi, 8, dan Nor Amy Adeera, 24, yang dijaga sejak kecil.

“Saya berterima kasih kepada PERKESO yang segera menghubung­i majikan suami sebaik mengetahui mengenai kematianny­a,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Faedah Pengebumia­n di Kampung Sungai Batu di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus Pejabat PERKESO Manjung, Mohd Shaperi Md Salleh berkata pihaknya sentiasa prihatin terhadap sebarang insiden yang berlaku dan kematian di luar jangkaan sehingga menyebabka­n waris mangsa mengalami masalah kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia