Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam Sarawak rampas bir seludup di Pelabuhan Miri

-

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawakber­jayameramp­as4,600 karton Belgen Beer yang dianggarka­n bernilai RM237,172.32 dengan duti atau cukai terlibat RM589,839.54 di Pelabuhan Miri.

Pengarahny­a Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan pegawai kastam dari Bahagian Penguatkua­saan Miri dan Bintulu telah menahan dua kontena mengandung­i minuman keras yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas kedua-dua kontena tersebut telah mendapati ia mengandung­i 4,600 karton Belgen Beer yang dianggarka­n bernilai RM237,172.32 dengan duti atau cukai terlibat sebanyak RM589,839.54,” kata beliau menerusi kenyataan media semalam.

Beliau berkata, syarikat terbabit telah membawa masuk dagangan tersebut dari Singapura melalui pelabuhan Bintulu dan dipindah kapal melalui jeti persendiri­an di bahagian Miri.

Menurutnya, syarikat itu kemudianny­a akan membuat permohonan untuk dihantar ke destinasi terakhir iaitu In- donesia.

“Kesalahan awal yang dikenal pasti ialah syarikat tersebut gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kastam 1977, pemunggaha­n barang kritikal yang belum lulus kastam di jeti persendiri­an, pelanggara­n pada syarat-syarat untuk pindah kapal dan perlanggar­an kepada peruntukan seksyen 138 di bawah Akta Kastam 1967.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 dan sekiranya didapati bersalah, denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia