Utusan Borneo (Sarawak)

Serbuan dadah, wanita ditahan bersama dua lelaki dalam kereta Polis berjaya rampas tiga papan kerajang merah disyaki Nimetazepa­m

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang wanita ditahan bersama dua lelaki dalam sebuah kereta di lot parkir tepi Jalan Bendahara di sini petang kelmarin setelah disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Wanita berusia 31 tahun itu dan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 27 tahun merupakan warga tempatan.

Dalam tangkapan tersebut, polis berjaya merampas tiga papan kerajang merah disyaki dadah jenis Nimetazepa­m sebanyak 49 biji dengan berat kasar 13.36 gram dan dianggarka­n bernilai RM1,200.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol berkata, tangkapan berjaya dibuat sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 1.15 petang.

“Dalam jam tersebut dan di lokasi berkenaan, sepasukan anggota polis telah menahan sebuah kereta dan menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgu­naan dadah.

“Seterusnya pemeriksaa­n po- lis turut menjumpai tiga papan kerajang merah disyaki dadah jenis Nimetazepa­m sebanyak 49 biji,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Sehubungan itu, kesemua suspek kemudianny­a dibawa balik ke pejabat BSJN IPD Mir untuk tindakan lanjut.

“Suspek juga telah menjalan ujian saringan awal polis dan hasilnya didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Oleh itu, kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Kesemua suspek disiasat d bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

 ??  ?? DIRAMPAS: Papan kerajang merah disyaki dadah jenis Nimetazepa­m sebanyak 49 biji yang berjaya ditemui ketika pemeriksaa­n dibuat pada ketiga-tiga suspek.
DIRAMPAS: Papan kerajang merah disyaki dadah jenis Nimetazepa­m sebanyak 49 biji yang berjaya ditemui ketika pemeriksaa­n dibuat pada ketiga-tiga suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia