Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tidak mengaku tipu Pejabat Pos Malaysia

-

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 11 pertuduhan menipu Pejabat Pos Malaysia sebanyak RM43,203.

Tertuduh yang dikenali sebagai Abang Khairul Nizam, 37, didakwa memperdaya­kan pihak Pos Malaysia membabitka­n tuntutan bagi kerja-kerja memperbaik­i motosikal posmen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis Pos Malaysia Sibu antara Oktober 2017 hingga Ogos 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Seksyen 420 memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit dengan kesalahan.

Khairul yang tidak diwak- ili peguam dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah turut menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh pengurusan kes, selain menasihati tertuduh agar mendapatka­n khidmat peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia