Utusan Borneo (Sarawak)

Mahu pinjam wang, wanita tertipu

-

Seorang juruwang sebuah pasar raya di Sri Aman mengalami kerugian sebanyak RM3,529 selepas menjadi mangsa penipuan pinjaman yang tidak wujud kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kes itu melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun.

“Modus operandi kes penipuan pinjaman tidak wujud ini berlaku pada Januari lalu yang mana mangsa melayari laman sesawang Facebook untuk membuat pinjaman wang sebanyak RM30,000 dan mengisi butiran diri.

“Mangsa kemudian dihubungi suspek menggunaka­n nombor telefon 0182741882 dan 0182800648 dan mangsa bercakap dengan seorang lelaki dengan panggilan ‘Steven’ dan seorang perempuan bernama ‘Lina’ bagi urusan pinjaman tersebut,” dedahnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kata Mustafa lagi, mangsa kemudian dikehendak­i membuat pembayaran sebanyak RM3,529 bagi proses pinjaman tersebut kepada akaun bank suspek.

Jelasnya, pada 4 Januari lalu mangsa membuat pembayaran kepada akaun suspek sebanyak RM1,849 dan kemudian pada tarikh 29 Januari 2019 mangsa membuat satu lagi pembayaran sebanyak RM1,680.

“Setelah pembayaran dibuat, tiada sebarang wang yang diperolehi oleh mangsa hasil urusan pinjaman tersebut.

“Mangsa mula sedar ditipu setelah panggilan mangsa tidak dijawab dan jumlah kerugian mangsa adalah sebanyak RM3,529,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an agar orang ramai tidak mudah terperdaya dengan tawaran pinjaman melalui laman sesawang, media sosial atau melalui aplikasi telefon pintar seperti WhatsApp, WeChat dan sebagainya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (rmp.gov.my), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (ccid. rmp.gov.my) dan facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatka­n maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan (financial fraud) seumpamany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia