Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah rumah dan curi, lelaki kena penjara dan denda

-

Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara 14 bulan dan denda RM2,000 atau empat bulan penjara ke atas seorang lelaki kerana kesalahan melakukan pecah rumah dan curi.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Boon Chung Hua, 42, dari Batu 7, Jalan Riam, di sini didapati telah melakukan pecah rumah dan curi dengan memecah masuk sebuah rumah milik Khusairy Abdullah, 55, dan mencuri sebuah televisyen berukuran 27 inci.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 4 pagi, 3 November 2018 di sebuah lot di Jalan Kuching Taman Jelita Fasa 3 Taman Tunku di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khair Mohd Noor memberitah­u bahawa kes ditetapkan untuk perbicaraa­n namun tertuduh berhasrat menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia