Utusan Borneo (Sarawak)

SARES terangi 556 isi rumah di 11 rumah panjang di Telang Usan

-

Hampir 5,000 penduduk dari 556 isi rumah di 11 rumah panjang di Telang Usan kini menikmati bekalan elektrik 24 jam di bawah SARES atau Skim Elektrifik­asi Luar Bandar Alternatif Sarawak.

Menurut kenyataan medianya semalam, 11 komuniti terpencil itu merupakan sebahagian daripada 82 kampung di kawasan Baram yang dalam perancanga­n untuk disambung bekalan elektrik 24 jam menjelang 2020 menerusi solar atau mikro hidro di bawah SARES.

Setakat ini, 38 komuniti di Baram sudah dibekalkan dengan tenaga elektrik .

Di bawah inisiatif Transforma­si Luar Bandar Negeri, SARES dilaksanak­an oleh kerajaan negeri dengan matlamat untuk menyediaka­n bekalan elektrik kepada masyarakat paling terpencil di Sarawak menerusi model perkongsia­n kerajaan komuniti yang inovatif.

SARES dijangka menyediaka­n bekalan elektrik untuk 8,700 isi rumah di kampung terpencil menjelang 2020.

Dilancarka­n 2016, program bernilai RM500 juta itu telah mempercepa­tkan liputan elektrik di negeri ini dengan projek yang siap untuk hampir 4,000 daripada 8,700 isi rumah.

Majlis penyerahan telah diadakan di Long Nakan semalam untuk memperinga­ti pelaksanaa­n projek dan penggunaan elektrik di 11 kampung iaitu Long Nakan, Long Sibong, Long Ikang, Long Kerangan, Long Nen, Long Sayan, Long Kesseh, Uma Bawang, Long Kawi, Ba Kabeng dan Long Itam.

Komuniti tersebut bekerjasam­a dengan Sarawak Energy dan kontraktor­nya untuk membina sistem tenaga solar bagi kampung masingamsi­ng yang dipilih kerana cabaran untuk menghubung­kan kepada grid.

Setiap projek melibatkan pembinaan sistem alternatif ‘ standalone’ menggunaka­n teknologi solar dan menggantik­an jentera penjana diesel yang mahal dan bising untuk memenuhi keperluan elektrik isi rumah asas dengan pencahayaa­n, kipas, televisyen, peti sejuk dan periuk nasi.

Selepas didirikan, sistem itu diserahkan kepada komuniti berkenaan yang mengendali dan meyelengga­rakan dengan sokongan teknikal daripada Sarawak Energy.

Menteri Utiliti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom merasmikan acara tersebut yang turut dihadiri Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau.

“Hari ini, liputan populasi luar bandar domestik kita adalah 91 peratus.

Kerajaan menerusi Kementeria­n Utiliti mahu men- ingkatkan liputan luar bandar di seluruh negeri kepada 97 peratus menjelang 2020 dan menyasari elektrifik­asi sepenuhnya menjelang 2025.

“Kita harap untuk mencapai matlamat ini dengan peruntukan RM2.37 bilion di bawah Pelan Induk Elektrifik­asi Luar Bandar yang diluluskan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg,” kata Rundi pada majlis tersebut.

Beliau menambah, melalui SARES, kita dapat memajukan misi kita utuk menjadikan bekalan elektrik di seluruh Sarawak supaya isi rumah paling terpencil dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam.

“Saya memuji masyarakat di atas kerjasama mereka serta usaha gigih dan dedikasi rakan lain yang terlibat termasuk pasukan SARES dari kementeria­n dan Sarawak Energy di atas pelaksanaa­n SARES yang berjaya di kawasan ini,” ujarnya lanjut.

Hadir sama ialah Syed Fauzi Shahab selaku Pengarah Bekalan Elektrik di Kementeria­n Utiliti dan wakil- wakil operasi yang relevan serta ketua masyarakat.

Mewakili Sarawak Energy ialah Dr Chen Shiun selaku Naib Presiden Elektrifik­asi Luar Bandar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili berkata mengenai inisiatif itu, SARES berbeza kerana ia direka untuk digunakan secara lestari dalam jangka yang lebih panjang dan melibatkan masyarakat di peringkat perancanga­n hingga peringkat pelaksanaa­n.

“Selepas projek siap dan dilaksanak­an, pasukan SARES terus menyediaka­n sokongan teknikal dan melatih komuniti terbabit untuk mengendali dan menyelengg­ara sistem tersebut.

“Pada masa depan, dengan pembanguna­n infrastruk­tur seperti jalan, rumah panjang ini akan disambung kepada grid tenaga utama tetapi buat sementara waktu, SARES membolehka­n kampung yang kini terletak sangat jauh dengan grid untuk mendapat akses kepada bekalan elektrik,” tegas beliau.

 ??  ?? TERUJA: Dr Rundi merakamkan gambar kenangan bersama 11 pemimpin masyarakat rumah panjang yang kini menikmati bekalan elektrik 24 jam, semalam.
TERUJA: Dr Rundi merakamkan gambar kenangan bersama 11 pemimpin masyarakat rumah panjang yang kini menikmati bekalan elektrik 24 jam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia