Utusan Borneo (Sarawak)

Meriahkan pengenalan skuad Piala Belia Ahad ini

Orang ramai diajak beramai-ramai ke Stadium Lundu untuk menyaksika­n acara kemuncak program tiga hari

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Orang ramai diajak turun beramai-ramai ke Stadium Lundu pada Ahad ini untuk memeriahka­n sesi pengenalan pemain skuad Piala Belia 2019.

Pengurus Pasukan, Phillip Jabu berkata, sesi tersebut akan menjadi acara kemuncak kepada program selama tiga hari anjuran mereka sebagai persiapan terakhir skuad itu sebelum mengharung­i kempen Piala Belia mulai 20 Februari ini.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) itu, program tersebut akan bermula dari 15 hingga 17 Februari ini bertempat di Pusat Latihan dan Retreat Lundu.

“Pada 15 hingga 16 Februari, kita akan mengadakan kem bina semangat dan motivasi untuk para pemain.

“Dua program ini amat penting bertujuan meningkatk­an lagi tahap keyakinan dan semangat para pemain sebelum mereka memulakan saingan pada 20 Februari ini.

“Manakala pada Ahad, kita akan memperkena­lkan pemain dan pegawai pasukan Piala Belia bermula pada jam 2 petang,” katanya ketika ditemui semalam.

Penutup kepada program

Manakala pada Ahad, kita akan memperkena­lkan pemain dan pegawai pasukan Piala Belia bermula pada jam 2 petang.”

Phillip Jabu

Pengurus Pasukan

itu tambah Phillip adalah perlawanan persahabat­an di antara skuad Piala Belia menentang pilihan Lundu dijadual bermula pada jam 4 petang di Stadium Lundu.

Sehubungan itu, Phillip turut menyeru peminat khususnya warga Lundu untuk datang beramai-ramai bagi menyaksika­n perlawanan itu nanti sekali gus berkenalan dengan para pemain Piala Belia pada tahun ini.

“Saya ingin merakam setinggi penghargaa­n ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu atas sumbangan untuk menjayakan program ini,” kata Phillip lagi.

Tambahnya, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais juga dijangka hadir pada perasmian tersebut.

Sarawak akan memulakan kempen Kumpulan B, Piala Belia 2019 menentang Kedah di Stadium Negeri, Petra Jaya pada jam 4.15 petang.

 ??  ?? PHILLIP
PHILLIP
 ??  ?? TOLAK RASUAH: Fazzrudin (empat kiri) dan Othman (tujuh kanan) bersama pegawai dan pemain Kuching FA serta tetamu lain merakam kenangan bersama selepas program berakhir.
TOLAK RASUAH: Fazzrudin (empat kiri) dan Othman (tujuh kanan) bersama pegawai dan pemain Kuching FA serta tetamu lain merakam kenangan bersama selepas program berakhir.
 ??  ?? SIAP SEDIA: Pemain Piala Belia Sarawak gigih menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi perlawanan pertama 20 Februari ini.
SIAP SEDIA: Pemain Piala Belia Sarawak gigih menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi perlawanan pertama 20 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia