Utusan Borneo (Sarawak)

Terlalu awal sasar emas Olimpik: BAM

-

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyatakan masih terlalu awa untuk meletakkan sasaran pingat emas Sukan Olimpik 2020 d Tokyo.

Setiausaha Agung BAM Datuk Ng Chin Chai berkata badan induk sukan itu tidak mahu memberi tekanan kepada mana-mana pemain terutamany­a jaguh perseorang­an lelaki negara Datuk Lee Chong Wei dan pemain muda lain.

Jelasnya BAM memberi kepercayaa­n sepenuhnya kepada barisan kejurulati­han dalam membimbing pemain masing-masing untuk meraih slot ke Sukan Olimpik yang akan bermula Mei ini.

“Buat sementara, kita tidak boleh meletakkan sasaran emas Sukan Olimpik kepada Datuk Lee Chong Wei. Kita tidak boleh beri tekanan kepadanya. Bagi dia masa untuk menjalani latihan selepas pulih sepenuh daripada penyakitny­a itu.

“Seperti saya sebutkan sebelum ini, semua keputusan adalah daripada Chong We sendiri. Hanya beliau yang tahu apa terbaik untuk dirinya. Kita juga ada pemain muda yang sedang meningkat naik sepert Lee Zii Jia.

“Kalau kita lihat, banyak perkembang­an positif Zii Jia beliau baru berusia 21 tahun, saya percaya Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorang­an lelaki) mempunyai perancanga­n terbaik untuk pemain muda,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia