Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching FA tidak akan berkomprom­i terhadap isu rasuah, kata Fazzrudin

-

Pasukan Kuching FA tidak akan berkomprom­i dan menolak sekeras-kerasnya gejala rasuah dalam pasukan berkenaan.

Sehubungan itu, satu taklimat telah dianjurkan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) dan Kuching FA di sini malam kelmarin.

Menerusi taklimat itu, Pengurusny­a Fazzrudin Abdul Rahman berharap semua pemain dan pegawai pasukan itu didedahkan dengan nilai integriti yang tinggi untuk memastikan pasukan itu bersih daripada budaya negatif itu.

“Usaha seperti ini penting sebagai usaha memberi pendedahan dan maklumat kepada pemain, selain memupuk budaya integriti dalam kalangan pemain serta pegawai pasukan,” katanya.

Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) itu malah berharap taklimat itu menjadi peringatan kepada mana- mana pemain pasukan itu untuk tidak menerima atau meminta rasuah daripada ‘bookie’ bola sepak.

Ketua Penolong Pengarah SPRM Sarawak, Othman Anyan hadir menyampaik­an taklimat tersebut.

Antara isu yang disentuh semasa taklimat tersebut melibatkan maksud jenayah rasuah dalam sukan terutama bola sepak.

Kuching FA yang akan bertanding dalam saingan Liga M3 bakal menerima kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Negeri pada Sabtu ini jam 3.30 petang dalam kempen Piala FA 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia