Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Sarawak sasar lima emas pada PESAYA Ke-13 di Langkawi

-

Yayasan Sarawak meletakkan sasaran lima pingat emas pada Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ( PESAYA) Ke- 13 dari 15 hingga 22 Februari ini di Langkawi, Kedah.

Selain mahu mempertaha­nkan kejuaraan dalam acara bola sepak dan tenpin boling, Yayasan Sarawak juga memfokuska­n untuk merangkul emas dalam acara futsal, badminton dan dart.

Ketua Kontinjen Zamahari Saidi berkata, pada edisi kali ini pihaknya akan menghantar seramai 80 atlet dan pegawai sekretaria­t dari Kelab Yayasan Sarawak dan akan menyertai 14 acara iaitu badminton, bola jaring, tenpin boling, sepak raga, pingpong, karom, golf, futsal veteran, futsal terbuka, dart berpasukan, bola tampar pantai wanita dan lelaki, bola sepak dan petanque pantai.

Ini kali ke- 13 Yayasan Sarawak menyertai PESAYA dan pencapaian terbaik setakat ini apabila bergelar juara keseluruha­n pada 2003 ketika diadakan di Samarahan, Sarawak.

PESAYA menyediaka­n peluang kepada kakitangan Yayasan Sarawak untuk bergiat aktif dalam sukan dan pada masa sama, menjadi platform untuk mereka bertukar-tukar pandangan dan mengukuhka­n silaturahi­m.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki menyerahka­n bendera kontinjen kepada Zamahari pada majlis ringkas di Dewan Adenan Yayasan Sarawak kelmarin.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dan Timbalan Pengarah (Kewangan dan Perkhidmat­an Korporat) Mersal Abang Rosli.

 ??  ?? SELAMAT BERTANDING: tetamu lain. Abu Bakar (empat kanan, barisan tengah) menyerahka­n bendera kepada Zamahari (tiga kanan) sambil disaksikan Azmi (enam kanan) dan
SELAMAT BERTANDING: tetamu lain. Abu Bakar (empat kanan, barisan tengah) menyerahka­n bendera kepada Zamahari (tiga kanan) sambil disaksikan Azmi (enam kanan) dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia