Utusan Borneo (Sarawak)

Allegri ‘simpan’ Ronaldo, persiapan hadapi Atletico

Juve sedia lebarkan kelebihan di puncak Serie A apabila layan kunjungan Frosinone di Turin hari ini

-

Juventus belum melemahkan motivasi kami, kami tahu ia adalah sukar untuk menandingi

” mereka.

MILAN: Cristiano Ronaldo dijangka menjadi pemain simpanan apabila Juventus melayan kunjungan kelab bermasalah Frosinone pada malam ini (Jumaat) dengan hasrat untuk melebarkan kelebihan kepada 14 mata dalam Serie A dengan sebelah mata yang mengintai lawatan ke Atletico Madrid dalam Liga Juara- Juara pada minggu depan.

Ronaldo, bintang Portugal, mencatatka­n 20 gol untuk Juventus dalam semua pertanding­an pada hujung minggu lepas dalam kemenangan 3-0 ke atas Sassuolo.

Namun pemain berusia 34 tahun itu akan memulakan perlawanan di bangku pemain simpanan buat kali kedua pada musim ini sebelum bekas pemain Real Madrid itu kembali ke ibu negara Sepanyol pada minggu depan.

Paulo Dybala kembali ke dalam barisan kesebelasa­n utama untuk membentuk barisan serangan bersama Mario Mandzukic dan Federico Bernardesc­hi.

Masalah pertahanan jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri, telah dikurangka­n selepas tiga pemain pertahanan, Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini berlatih semula.

Chiellini, kapten Juventus, dijangka akan kembali pada malam ini.

Napoli di tempat kedua melepaskan mata pada hujung minggu lepas dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Fiorentina dan berdepan dengan ujian yang berpotensi rumit di tempat sendiri dalam perlawanan menentang Torino.

Lorenzo Insigne Penyerang Napoli

Torino bimbingan Walter Mazzarri berada empat mata di bawah tempat kelayakan Liga Europa.

Napoli akan bermain tanpa pemain tengah Marek Hamsik buat pertama kali sejak bekas kapten itu memeterai perpindaha­n ke kelab Liga Super China, Dalian Yifang.

Lorenzo Insigne mengambil alih selaku kapten dan menegaskan motivasi masih tinggi walaupun Juventus nampak pasti akan memenangi kejuaraan liga kelapan berturut-turut.

“Juventus belum melemahkan motivasi kami, kami tahu ia adalah sukar untuk menandingi mereka,” kata Insigne.

“Kami tahu mereka adalah pasukan yang hebat, tetapi kami tidak teruk daripada mereka.

“Kejohanan masih lama lagi. Kami melepaskan beberapa mata di tempat lawan yang kami sewajarnya perolehi, tetapi kami ternyata tidak akan menyerah kalah.”

Sementara itu Inter Milan di tempat ketiga dan sembi- lan mata di belakang Napoli, menghadapi kemelut apabila mereka menerima kunjungan Sampdoria beberapa hari selepas mereka melucutkan jawatan kapten daripada penyerang bintang Mauro Icardi.

Situasi kontrak Icardi, dengan kontrak semasa yang tamat pada 2021, telah menjadi isu yang semakin memecah- belah ketua- ketua kelab dengan isteri pemain itu, Wanda Nara, yang juga ejennya.

Penyerang Argentina itu membalas dengan enggan bertandang ke Rapid Vienna untuk perlawanan pusingan pertama peringkat 32 terakhir dalam Liga Europa semalam dan tidak tentu akan bermain menentang kelab lamanya Sampdoria, yang menduduki tempat kesembilan, pada Ahad ini.

“Ia adalah keputusan yang sukar dan menyakitka­n kerana kami tahu nilainya,” kata jurulatih Inter, Luciano Spalletti.

“Ia dibuat secara eksklusif demi kebaikan Inter. Ada beberapa perkara mengena pemain itu yang perlu diselesaik­an.”

Ketidakpas­tian mengena Icardi, yang menjaringk­an 29 gol dalam Serie A pada musim lepas, boleh jadi menimbulka­n masalah pada waktu Spalletti cuba melayakkan diri ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

Inter berada hanya empat mata sahaja di hadapan musuh tetangga AC Milan yang akan bertandang ke Atalanta.

Atalanta, Roma dan Lazio semua berada satu mata d belakang AC Milan.

Perlawanan di Bergamo adalah untuk merebut tempat keempat, tempat kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara yang turut disasari Roma d tempat sendiri dalam perlawanan menentang Bologna dan Lazio di Genoa.

Roma mencatatka­n kemenangan 2-1 dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara ke atas Porto pada Selasa lepas dengan bintang remaja Nicolo Zaniolo yang menjaringk­an kedua-dua gol. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAI BERSAMA: Ronaldo (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kemenangan mereka selepas tamat perlawanan Serie A menentang Sassuolo di Stadium Mapei, Reggio Emilia pada 10 Februari lepas.
— Gambar AFP RAI BERSAMA: Ronaldo (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kemenangan mereka selepas tamat perlawanan Serie A menentang Sassuolo di Stadium Mapei, Reggio Emilia pada 10 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia