Utusan Borneo (Sarawak)

Asensio dan VAR bantu Madrid lakar kemenangan di Johan Cruyff Arena

-

Real Madrid memerlukan gol kemenangan lewat daripada Marco Asensio dan penampilan sulung Video Pembantu Pengadil (VAR) dalam Liga Juara-Juara untuk menewaskan Ajax 2-1 pada pusingan pertama perlawanan peringkat 16 terakhir kelmarin.

Ajax tidak pernah menewaskan Madrid sejak 24 tahun lalu dan menyangka mereka akan berbuat demikian di Johan Cruyff Arena apabila Nicolas Tagliafico menanduk masuk selepas Thibaut Courtois melakukan kesilapan.

Namun pengadil Damir Skomina berkata Dusan Tadic ofsaid selepas membuat reviu dan Madrid tidak menunjukka­n rasa kasihan terhadap pasukan lawan yang muda, dan Karim Benzema serta Asensio menjaringk­an dua gol berharga di tempat lawan pada separuh masa kedua.

Gol penyamaan Hakim Ziyech sekurang-kurangnya memastikan Ajax masih ada peluang pada pusingan kedua di Santiago Bernabeu tetapi gol kemenangan Asensio pada minit ke- 87 melemahkan semangat dalam perlawanan yang amnya didominasi kelab dari Belanda itu.

Gol pembukaan mereka yang dibatalkan hanya akan menimbulka­n tanda tanya dan ia tidak mengejutka­n untuk melihat jersi merah dan putih mengelilin­gi pegawai perlawanan pada wisel penamat.

VAR telah diperkenal­kan kepada Liga Juara-Juara buat pertama kali pada peringkat kalah mati pada tahun ini dan risalah diedar kepada media sebelum sepak mula, salah satu perkara yang menjelaska­n bagaimana reviu seharusnya hanya bagi “kesilapan yang jelas dan nyata”.

UEFA kemudian tweet gol Ajax “dibatalkan dengan betul kerana ofsaid” tetapi campur tangan Tadic ke atas Courtois adalah minimum dan ia seakan-akan murah hati untuk menganggap ia cukup bagi menarik balik keputusan.

“Kita tidak dapat melihat ulang tayang,” kata jurulatih Madrid, Santiago Solari. “Kita perlu yakin dengan apa yang disebut oleh pengadil.”

“Saya menyaksika­nnya,” kata pemain Ajax, Erik ten Hag. “Pada pendapat saya, ia tidak ofsaid dan saya juga tidak melihatnya sebagai satu kekasaran ke atas penjaga gol.”

Walaupun demikian, perlawanan masih berlangsun­g lebih sejam dan Ajax dua kali ditembusi dengan mudah dalam serangan balas.

Frenkie de Jong, yang akan menyertai Barcelona pada musim panas nanti, dan Matthijs de Ligt, yang mungkin akan mengekorin­ya, masing-masing diberi ajaran mengenai kekejaman bola sepak pada peringkat tertinggi di Eropah.

Ia telah disebut kepada Solari kemudian bahawa Ajax sewajarnya lebih berjaya.

“Itu adalah pendapat anda – kami perlu bekerja, menderita, mencipta,” katanya. “Anda kadang-kadang perlu mengatasi tekanan. Perkara ini merupakan sebahagian daripada perlawanan juga.”

Gareth Bale dimasukkan semula ke dalam barisan kesebelasa­n utama Madrid tetapi tempat tidak ada untuk Marcelo, yang tidak bermain dalam perlawanan kalah mati pertama dalam Liga JuaraJuara dalam tempoh empat tahun.

Penyokong Ajax mempamerka­n persembaha­n bunga api yang mengagumka­n lewat malam Selasa lepas di luar hotel pasukan Sepanyol dan mungkin ia membuahkan hasil kerana Madrid yang mengantuk dikucar- kacirkan pada separuh masa pertama.

Tadic memperoleh­i peluang pertama apabila hantaran buruk Sergio Reguilon ditanduk pada laluannya, dengan penyudah yang melepasi tangan kanan Courtois tetapi tidak tiang gol.

Peluang terbaik diperolehi Donny van de Beek yang bermain cemerlang, selepas bola dianjak sepanjang garisan seperti satu gerakan ragbi sehingga pemain tengah itu sampai ke jarak enam ela dari gawang. Courtois menyelamat­kan cubaannya dengan kakinya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA: Reaksi Asensio (kiri) selepas menjaringk­an gol kemenangan Madrid pada aksi Liga Juara-Juara menentang Ajax di Johan Cruyff Arena Rabu lepas.
— Gambar Reuters CERIA: Reaksi Asensio (kiri) selepas menjaringk­an gol kemenangan Madrid pada aksi Liga Juara-Juara menentang Ajax di Johan Cruyff Arena Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia