Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern uji kecergasan Neuer di Augsburg hari ini sebelum ke Anfield minggu depan

-

Bayern Munich berharap penjaga gol bintang Manuel Neuer dapat bermain semula dalam perlawanan Bundesliga pada malam ini (Jumaat) di kelab bermasalah Augsburg, persiapan terakhir mereka sebelum perlawanan penting menentang Liverpool di tempat lawan dalam Liga Juara- Juara pada minggu depan.

Neuer, 32, tidak bermain dalam tiga perlawanan terakhir Bayern kerana cedera ibu jari tetapi dijangka dapat membuktika­n kecergasan­nya di Augsburg sebelum perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir pada Selasa ini menentang Liverpool bimbingan Jurgen Klopp di Anfield.

“Manuel tidak mengalami sebarang reaksi negatif, jadi dia adalah pilihan untuk Jumaat juga,” kata ketua jurulatih Bayern, Niko Kovac, kelmarin.

Neuer yakin dia akan menentang Liverpool, dan memberitah­u ESPN: “Saya rasa saya akan menjaga gawang. Saya bagus, ia tidak begitu teruk.”

Bagaimanap­un Kovac enggan terburu- buru untuk membawa dia balik terlalu awal, terutamany­a mengambil kira sejarah Neuer selepas dia retak kaki dua kali berturut-turut pada 2017 yang menyebabka­nnya tidak bermain kebanyakan waktu pada musim lepas.

“Manuel adalah penjaga gol yang bercita-cita tinggi,” kata Kovac mengenai pemenang Piala Dunia 2014 itu.

“Ia adalah keputusann­ya sendiri untuk tidak bermain dalam perlawanan tertentu – pemain sentiasa ada kata putus dan dalam kes ini, Manuel bersedia.”

Kovac mempunyai skuad dengan kekuatan sepenuhnya untuk dipilih di Augsburg dengan hanya Arjen Robben dan Corentin Tolisso yang masih tidak dapat bermain kerana kecederaan.

Kemenangan 3-1 Bayern, yang menduduki tempat kedua, di tempat sendiri ke atas Schalke pada hujung minggu lepas mengurangk­an jurang kepada lima mata di belakang pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund, yang mensia-siakan kelebihan tiga gol untuk seri 3-3 dengan Hoffenheim.

Kovac dan Bayern akan menyasari kemenangan liga kesembilan dalam 10 perlawanan di Augsburg untuk meneruskan tekanan ke atas Dortmund, yang menentang kelab tercorot Nuremberg di tempat lawan Isnin ini.

Augsburg, yang telah merekrut bekas penjaga gol Arsenal dan Jerman,

Jens Lehmann, sebagai penolong jurulatih, dibelasah 4-0 oleh Werder Bremen pada hujung minggu lepas untuk meletakkan mereka di atas tempat penurunan liga.

“Kejuaraan liga akan dimenangi di bahagian perta- hanan, saya harap kami memenangi perlawanan Jumaat ini dan, jika boleh, menghalang mereka daripada menjaringk­an gol,” kata Kovac.

“Kami tidak ada sebab untuk merehatkan sesiapa di Augsburg.

“Kami ada masa yang mencukupi untuk pulih dan kami tidak mahu memandang rendah perlawanan itu kerana ini adalah peluang untuk benar-benar kembali ke dalam p e r - saingan Bundesliga. “Perlawanan ini penting untuk mewujudkan sedikit suasana,” t a m b a h Kovac. —

AFP

 ??  ?? NEUER
NEUER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia