Utusan Borneo (Sarawak)

PUTRAJAYA: Kementeria­n Industri Utama ( MPI) aterus melaksana langkah proaktif bagi menghadapi cabaran getir dalam sektor agrikomodi­ti negara.

-

Penekanan itu disuarakan Menteri Industri Utama, Teresa Kok semasa berucap di Majlis Perhimpuna­n MPI di sini, baru-baru ini.

Katanya, antara langkah yang sedang diambil ialah pendekatan segera bagi menstabilk­an harga sawit melalui peningkata­n adunan bio bahan api sawit dengan diesel petroleum daripada Program B7 ke Program B10 bagi sektor pengangkut­an mulai 1 Februari 2019 dan pengenalan Program B7 bagi sektor industri mulai 1 Julai 2019.

“Langkah ini akan meningkat penggunaan minyak sawit domestik sekitar 761,000 tan metrik setahun.

Teresa juga berkata, pelaksanaa­n program berkenaan diharap diberi perhatian serius dalam Dasar Automotif Kebangsaan yang sedang dirangka oleh Kementeria­n Perdangang­an Antarabang­sa dan Industri (MITI).

“Diharap pada masa depan hanya kenderaan diesel yang boleh menerima adunan biodiesel lebih daripada 10% dijual di Malaysia.

Menyentuh mengenai p e n c a p a i a n s e k t o r agrikomodi­ti pada tahun 2018, Teresa berkata, bagi tempoh Januari hingga November 2018, jumlah nilai dagangan sebanyak RM154.3 bilion, berbanding RM165.3 bilion pada tempoh yang sama pada tahun 2017.

Katanya, bagi tempoh tersebut, jumlah eksport produk agrikomodi­ti berjumlah RM117.9 bilion, menurun sebanyak 8.5% berbanding RM128.9 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Jumlah ini adalah sebanyak 12.9% daripada nilai eksport negara.

“Selain itu, aktiviti di peringkat huluan dan hiliran sektor agrikomodi­ti menyumbang sebanyak 7.5% kepada jumlah keseluruha­n KDNK negara.

“Walaupun menurun sebanyak 0.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017, jumlah RM23.4 bilion masih lagi antara sektor penyumbang utama kepada KDNK negara,” katanya.

Teresa turut berkongsi mengenai status dan kajian semula berkaitan Dasar Komoditi Negara yang akan berakhir pada tahun 2020.

Katanya, perbincang­an berkaitan persiapan ke arah itu dilaksanak­an dalam sesi pemukiman yang bertujuan meningkatk­an kecemerlan­gan pencapaian sektor agrikomodi­ti.

“Segala kekangan yang dihadapi juga akan diatasi bagi memastikan kelangsung­an keberhasil­an komoditi negara kita. Justeru, beberapa strategi dikenalpas­ti yang saya yakin akan menjadi pemacu perubahan kepada sektor komoditi negara.

Katanya, antara mandat sesi pemukiman tersebut adalah keperluan sektor komoditi melihat kepada penjenamaa­n semula serta strategi pemasaran yang lebih agresif termasuk bagi produk yang diiktiraf kualitinya di peringkat antarabang­sa.

“Aktiviti huluan dan hiliran perlu dinilai semula dan kemungkina­n menghentik­an aktiviti yang tidak lagi berdaya maju.

“K i t a j u g a p e r l u membentuk strategi pemasaran produk yang dibangunka­n melalui penyelidik­an tempatan ( homegrown) untuk diaplikasi­kan dengan meluas dalam negara dan di peringkat antarabang­sa. Ini termasuk teknologi penggalas gempa serta jalan raya berasaskan getah yang berpotensi besar untuk menjana pendapatan,” katanya.

Katanya, dalam mengorak langkah bagi membangunk­an komoditi negara, kepentinga­n industri menerima pakai Revolusi Industri ke-4, dan menggalakk­an penerapan teknologi ‘blockchain’ serta idea tanaman masa hadapan untuk memastikan komoditi negara kekal relevan sebagai penyumbang penting kepada sosio-ekonomi negara.

 ??  ?? TERESA Kok menekankan penjenamaa­n semula sektor agrikomodi­ti untuk tingkat penerimaan pengguna.
TERESA Kok menekankan penjenamaa­n semula sektor agrikomodi­ti untuk tingkat penerimaan pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia