Utusan Borneo (Sarawak)

Pejuang jihad disyaki bunuh dua polis, seorang peniaga di Niger

-

Dua anggota polis dan seorang penduduk awam terkorban pada Rabu di sebuah kampung di bahagian barat daya terpenci Niger, sebuah wilayah yang setakat ini terselamat daripada serangan jihad, kata pegawa tempatan.

Lima lelaki bersenjata, tiba dengan menunggang tiga motosikal, menyerang sebuah pasar di perkampung­an Bagaji, seorang pegawai d daerah Dogondoutc­hi memberitah­u AFP.

Keterangan tersebut disahkan oleh seorang penduduk tempatan, yang menyatakan pasukan keselamata­n sedang memburu penyerang.

Seorang pegawai di pejabat pengawas memberitah­u radio tempatan bahawa dua anggota polis dan seorang peniaga jalanan telah terkorban, dan penyerang “melarikan dir ke utara” ke arah wilayah Tillaberi dan Tahoua.

Ia merupakan serangan pertama oleh pelampau jihad yang disyaki di kawasan Dogondoutc­hi, kata pihak berkuasa.

Niger terletak ke bahagian utara Nigeria, tempat kelahiran keganasan yang meletus pada 2009 oleh pejuang jihad Boko Haram yang tersebar di sekitar kawasan Lake Chad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia