Utusan Borneo (Sarawak)

PM Laos adakan lawatan rasmi ke Brunei

-

Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei pada Sabtu dan Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik Vientiane Times pada Khamis.

Lawatan dua hari Thongloun bersama delegasiny­a atas jemputan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tujuan lawatan itu antara lain bagi mengukuhka­n lagi hubungan persahabat­an dan kerjasama antara kedua-dua negara, menurut kenyataan Kementeria­n Luar Laos.

Dalam pertemuan Suruhanjay­a Bersama bagi Kerjasama Dua Hala antara Laos dan Brunei di Luang Prabang Laos tahun lepas, kedua-dua pihak bersetuju mengukuhka­n hubungan dua hala, termasuk dalam bidang pembanguna­n sumber manusia, pengangkut­an udara, kawalan dadah, buruh, pertukaran budaya dan pembanguna­n wanita.

Sejak hubungan Laos dan Brunei terjalin pada 27 Julai 1993, hubungan kerjasama terus kukuh serta erat terutamany­a dalam bidang pendidikan, olahraga dan perdaganga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia