Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan cedera dalam konfrontas terbaharu di Hait

-

Pertempura­n ganas antara polis dan penunjuk perasaan telah menyebabka­n seorang wartawan tercedera di ibu negeri Haiti, Port-au-Prince pada Rabu – konfrontas­i terbaharu dalam bantahan selama seminggu menuntut bagi peletakan jawatan Presiden Jovenel Moise.

“Ia merupakan satu kebangkita­n rakyat: rakyat Haiti telah menawan jalan raya maka ia adalah jelas bahawa Jovenel ( Moise) tidak mempunyai pilihan selain meletakkan jawatan,” kata penunjuk perasaan Prophete Hilaire, yang telah berarak di sekitar ibu negeri itu.

“Sebuah kerajaan yang tidak dapat menyediaka­n makanan dan air kepada rakyatnya harus meletakkan jawatan,” tambahnya.

Seorang wartawan Haiti telah tercedera di tengah ibu negeri semasa satu kejadian tembak- menembak antara anggota polis dan sekumpulan penunjuk perasaan, menurut seorang wartawan AFP.

Beberapa meter dari pejabat presiden, pertempura­n antara golongan belia – ramai daripada mereka dari kawasan penempatan miskin – dan pihak berkuasa menjadi semakin tegang, dengan kumpulan melontar batu dan bom tangan gas pemedih mata.

Sejak 7 Februari, sekurangku­rangnya enam orang telah meninggal dunia ketika Haiti terjunam ke dalam krisis politik, dengan kehidupan harian menjadi terganggu akibat bantahan dan sekatan di pekan paling besar.

Penunjuk perasaan telah menuntut Moise meletakkan jawatan berkaitan dengan skandal dana Petrocarib­e, d mana Venezuela membekalka­n untuk Haiti dan beberapa negara lain di Caribbean dan Amerika Tengah dengan minyak pada harga potongan dan dengan terma kredit mudah selama beberapa tahun.

Satu laporan dikeluarka­n pada Januari mengenai salah guna wang melibatkan sebuah syarikat yang diketuai ketika itu oleh Moise sebagai waris untuk dana daripada satu projek pembinaan jalan raya yang tidak pernah mempunyai kontrak yang ditandatan­gani.

Semasa kempen pilihan raya, Moise menjanjika­n “makanan dan wang untuk semua orang,” namun masih ramai lagi rakyat Haiti berusaha untuk mencar hasil pendapatan yang mencukupi dan berdepan inflas yang meningkat sebanyak 15 peratus sejak pelantikan­nya sebagai presiden. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KACAU- BILAU: Penunjuk perasaan lari apabila polis Haiti melepaskan tembakan sewaktu pertelingk­ahan di Port-au-Prince pada Rabu lepas.
— Gambar AFP KACAU- BILAU: Penunjuk perasaan lari apabila polis Haiti melepaskan tembakan sewaktu pertelingk­ahan di Port-au-Prince pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia