Utusan Borneo (Sarawak)

NASA tamatkan misi perayau robot Opportunit­y di Marikh

-

Agensi Pentadbira­n Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika ( NASA) mengumumka­n penamatan misi perayau robot Opportunit­y pada Rabu, iaitu 15 tahun selepas ia mendarat di planet Marikh, lapor agensi berita Xinhua.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar agensi berkenaan di Makmal Pendoronga­n Jet di Pasadena, California susulan percubaan terakhir NASA untuk berkomunik­asi dengan perayau robot itu pada malam Selasa tidak mendapat respons.

Perayau robot itu tidak dapat dihubungi selama lapan bulan sejak ribut debu membadai planet merah tersebut pada Jun tahun lepas.

Anggota pasukan misi telah cuba memulihkan perayau robot itu namun gagal mewujudkan komunikasi lagi.

“Mengucapka­n selamat tinggal adalah sesuatu yang sukar, namun masanya telah tiba untuk berbuat demikian,” kata John Callas, pengurus projek bagi Opportunit­y.

Perayau robot bersaiz kereta golf itu jauh melangkaui misi perjalanan selama 90 hari seperti yang dirancang.

Ia telah melakukan perjalanan lebih 45 kilometer di Marikh dan bekerja selama hampir 15 tahun. Opportunit­y telah mendarat di Marikh pada 24 Januari 2004.

Paling utama antara matlamat saintifik misi itu ialah mencari dan mencirikan pelbagai jenis batuan serta tanah untuk petunjuk kepada aktiviti air pada masa lampau di Marikh. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? MISI DITAMATKAN: Potret sendiri oleh Opportunit­y, Perayau Penerokaan Marikh NASA, iaitu kombinasi pelbagai bingkai yang diambil oleh kamera panorama (Pancam) Opportunit­y dari 22 Mac hingga 24 Mac 2014 di planet Marikh, kelihatan dalam imej NASA/JPL-Caltech ini yang dikeluarka­n pada 17 April 2014.
— Gambar Reuters MISI DITAMATKAN: Potret sendiri oleh Opportunit­y, Perayau Penerokaan Marikh NASA, iaitu kombinasi pelbagai bingkai yang diambil oleh kamera panorama (Pancam) Opportunit­y dari 22 Mac hingga 24 Mac 2014 di planet Marikh, kelihatan dalam imej NASA/JPL-Caltech ini yang dikeluarka­n pada 17 April 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia